19 November 2014

Kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Assalamualaikum, berikut ialah kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 dan ada daripadanya ditawarkan juga di KV lain. Jangan tanya ye kursus-kursus selain kursus di bawah dan Kolej Vokasional yang lain. Sebab saya memang tak tahu.


BIDANG PERNIAGAAN

Pengurusan Perniagaan

Pengurusan Perniagaan
Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Info : Perniagaan merupakan jantung kepada kemajuan negara. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada dokumen perniagaan, pengurusan pelanggan, konsep perniagaan yang betul dan teknik mengurus perniagaan mengikut situasi persekitaran semasa. Ia turut mendedahkan pelajar-pelajar mengenai hubungkait antara organisasi dan persekiratarannya serta pengurusan strategik dalam perdagangan dan industri. Kerjaya berpotensi seperti usahawan dan pengurus syarikat.


Kesetiausahaan Pentadbiran


Kesetiausahaan Pentadbiran
Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan 
dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Info : Tugas seorang setiausaha amat penting di dalam operasi sesebuah pejabat, syarikat atau organisasi. Seorang pengurus atau ketua memerlukan seorang setiausaha yang cekap dalam pelbagai urusan. Tanpa setiausaha, tugas seorang pengurus menjadi rumit terurtama dalam melayani pelanggan daripada pelanggan, mengatur janji temu, urusan surat menyurat, mengatur mesyuarat dan segala urusan rasmi melibatkan pejabat. Dengan kepesatan ekonomi negara dan pertumbuhan syarikat SME, multinasional permintaan terhadap setiausaha amat tinggi.


Perakaunan
Perakaunan
Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan
buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa
tentang prestasi syarikat.

Info : Perakuanan merupakan bidang yang melibatkan proses menyimpan, mengklasifikasi dan membuat laporan transaksi, aset, dan kewangan sesebuah organisasi atau syarikat. Setiap syarikat mesti mempunyai staf yang bertanggungjawab terhadap akaun dan kewangan. Kursus ini akan melatih pelajar untuk teliti, sistematik dan analitif terhadap prinsip perakauanan.
Prospek kerjaya biasanya ialah akautan, perunding kewangan, pengurus akaun dan kewangan dan sebagainya.

BIDANG HOSPITALITI

Seni Kulinari
Seni Kulinari
Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan
makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.

Info : Pelajar akan diterapkan dengan pelbagai pengetahuan, pemahaman dan teknik yang merangkumi teori, teknikal dan praktikal dalam kerja-kerja penyediaan, pengurusan dan menyelenggaraan makanan. Yang ditekankan di sini ialah konsep rekaan yang menarik dan kreatif, di samping mengenalpasti dan menggunakan alat yang sepatutnya dengan selamat dan betul. Prospek kerjaya adalah seperti chef kulinari di hotel, restoran mewah malah boleh membuka katering sendiri.


Bakeri dan pastri
Bakeri dan Pastri
Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan.
Cokelat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru
dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Info : Pelajar didedahkan penggunaan teknik membuat produk bukan-yis seperi doh berlamina dan penyediaan produk pastri, membuat sos ringkas dan memperagakan juadah kepada pelanggan. Program ini menyediakan pelajar untuk memasuki pelbagai jenis kerjaya bakeri dan pastri, contohnya sebagai chef dessert di restoran berstatus tinggi, membuat pastri di outlet pastri, pembuat roti di bakeri artisan, membuat pastri/dessert untuk bankuet/hotel dan banyak lagi.


Fesyen dan membuat pakaian

Fesyen dan Membuat Pakaian
Program ini menyediakan pelajar tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.
Info : Pelajar didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fesyen bagi mewujudkan pelajar yang kompiten dalam membuat pakaian serta peka kepada perkembangan fesyen. Kursus meliputi prinsip penggunaan alat jahitan, pemilihan bahan, kajian fesyen, penjagaan fabrik dan proses membuat pakaian. Peluang kerjaya seperti Pereka Fesyen Profesional, Penasihat Fesyen serta membuka butik pakaian dan tradisional atau moden.


Kosmetologi
Kosmetologi
Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badanpenggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.
Info : Kosmetologi ialah pengajuan dan aplikasi rawatan kecantikan. Ini merangkumi kecantikan rambut, rawatan muka, kosmetik dan lain-lain. Pelajar juga berupaya mengenalpasti dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran dalam kehidupan seharian dan memberi sumbangan secara optimum dan berkesan kepada berbagai lapisan masyarakat. Peluang pekerjaan seperti Pedandan Salun, mengurus spa dan lain-lain.

Pengajian awal kanak-kanak


Pengajian Awal Kanak-Kanak
Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan 
kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan 
pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat 
tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Info : Kursus ini memberikan ilmu pengetahuan mengenai aspek pembelajaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak secara menyeluruh. Kursus ini memberikan bimbingan dan panduan lengkap kepada pelajar untuk menguruskan kanak-kanak dengan cekap. Peluang kerjaya seperti pengasuh, pengajar dan pendidik tadika, sekolah swasta. Graduan juga boleh membuka taska dan tadika sendiri.

Credit : Fanpage KVSP2 / Video Korporat KVSP2 / Semua student KVSP2
Sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan di bawah.


Tips Temuduga Kolej Vokasional

You may leave your comment :)

01 November 2014

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2015

Assalamualaikum w.b.t.
Permohonan untuk kemasukan ke kolej vokasional pada tahun 2015 telah dibuka.

1. Iklan akhbar : 2 November 2014
2. Online permohonan : 2 November - 14 Disember.
3. Sesi temuduga : 20 Disember 2014 - 20 Disember 2014
4. Semakan online :1 Januari 2015
5. Pendaftaran tahun 2 dan 3 : 4 Januari 2015
6. Pendaftaran Tahun 1 : 12 Januari 2015
7. Rayuan : 13 Januari 2015 secara online.


Permohonan dan rayuan boleh dilakukan di http://www.moe.gov.my/

p/s : Maaf sekiranya ada berlaku kesilapan.
You may leave your comment :)

06 October 2014

Definisi Perkataan LOL

Assalamualaikum
Memandangkan guwa rasa dunia blogging ni dah arwah, jadi guwa mengambil inisiatif untuk tidak mengupdate blog ini buat sekian lamanya. Adakah anda merasa/berasa/terasa seperti apa yang saya katakan? Jawapannya terpulang kepada anda, tepuk paha tanya kawan sebelah. Siapa sangka, blog ini telah membuatkan ramai yang, "Oh ni ke Nabiha Zaidi, blogger tu?" "Weh, kawan aku bla bla, dia kata kenai hang kat blog." Dan bla bla bla. Kadang-kadang guwa rasa taktau nak best sebab blog yang dah nak arwah ni masih ada viewer ataupun malu bila ada orang buka blog ni. Okay stop  masuk perigi angkat baldi sendiri. Bukan tu matlamat, tujuan mahupun objektif aku tiba-tiba update harini. Ilham aku untuk mengupdate pada hari ini juga bermula daripada bilik air. Entah pehal la pula tiba-tiba rasa macam, "Eh, lamanya tak jengok blog." Haa, macam tu lah lebih kurang. Dan hari ini guwa tergerak hati untuk menyuarakan pendapat tentang  perkataan 'LOL'.


Alright, mesti korang pun dah tahu kan lah maksud lol ni. Lol ni kira seangkatan lah dengan ASAP, NTKY, OOTD, FYI dan lain-lain. Tapi untuk golongan-golongan noob yang tak tahu, biar saya jelaskan. Perkataan LOL bermaksud Laugh Out Loud dan jika ditranslatekan dalam Bahasa Melayu pula, LOL bererti ketawa terbahak-bahak. Dan  untuk pengetahuan anda yang kurang membaca seperti saya, perkataan LOL telahpun dimasukkan di dalam Kamus Oxford pada tahun 2011. 

Baiklah, pengguna laman sosial sering menggunakan perkataan LOL untuk menunjukkan benda tu lawak. Ok, contoh:

"Lol, lawak gila lah tengok Pian tersedak tulang lembu."

Jadi, jelaslah bahawa, perkataan LOL ini mampu untuk menggantikan perkataan yang lebih panjang dan sekurang-kurangnya dapat menjimatkan sedikit masa berbanding:

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA, lawak gila lah tengok Pian tersedak tulang lembu."

Ok. Kat situ dengan menggunakan perkataan LOL, kita akan lebih menjimatkan dalam lebih kurang 2-3 saat. Kerana dengan sebiji perkataan 'lol' kita mampu menggantikan perkataan, "HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" yang panjang dan memenatkan itu.

Tetapi tetapi tetapi, itu untuk sebahagian pengguna laman sosial yang lain. Namun bagi guwa perkataan LOL ini tidak melambangkan pun HA yang berkali-kali tersebut. Tetapi ianya lebih kepada.. "Haha, lawak sangat" (sambil buat muka annoying) ataupun "heh" sambil buat senyuman sinis. Tahu apa itu senyuman sinis? Senyuman sinis tu, senyum senget sebelah. Dan ini menandakan bahawa guwa akan mengeluarkan kata-kata perlian dan "heh" sambil memberi senyuman sinis ataupun guwa mungkin akan sebut lol apabila sesuatu yang guwa nampak itu, annoying sambil mata ke atas, tangan ke bahu. Atau atau dan ataupun, benda yang guwa rasa benda tu merepek.

Contoh:
"Haritukan, Jijah jatuh tersungkur depan lif. Lawak gile lah."

Okay, tak lawak dan annoying. Jadi guwa akan mengeluarkan perkataan, LOL, lawak sangat. (sambil buat muka sinis)

Lihat lah wajah ini, penuh dengan kebencian bukan? LOL.

Yes, thats for me. Definisi LOL versi Nabiha Zaidi.
Eh, jap. Apa function aku buat entri ni? LOL.
Adios.

You may leave your comment :)

01 May 2014

Lawatan Ke Sarawak

Assalamualaikum w.b.t.
Bulan lepas, Warden-warden serta Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuching, Sarawak. Memandangkan kami dari Sungai Petani, kami pun pergi la ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. First time naik 'belon', so jakun sikit la kan. Penerbangan kami kalau tak silap lebih kurang 2 jam.

Sampai-sampai je kat airport Kuching, terus je kami ke Kolej Vokasional Matang untuk  melawat blok-blok asrama di sana. Dan seterusnya, lawatan ke Sekolah Menengah Teknik Sejingkat

Sekolah Menengah Teknik Sejingkat
Then, kami pun check in kat De Palma Waterfront Hotel.  Lepas berehat, malam tu kami nightwalk di Kuching Waterfront. Shopping la, apa lagi. Kat sini, kita boleh tengok Dewan Undangan Negeri Sarawak. Untuk makan-makan kita pergi ke seberang sungai, ada food court. Kat sini memang best sebab di sepanjang jalan ada je busking.


Nasi ikan terubuk masin
Sarawak Cultural Village, Kampung Budaya Sarawak.
Kampung budaya Sawawak ni terletak di kaki Gunung Santubong. Muzium hidup ini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Kat sini kita boleh tengok pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negara kita. Kat sini juga ada persembahan kebudayaan dua kali sehari. Walaupun tak banyak sangat persembahan, tapi tetap best. 





Kek Lapis Dayang Salhah
Kalau sebut je Sarawak mesti ingat kek lapis kan. So, kalau nak yang sedap dan agak tahan lama, boleh la try kek lapis Dayang Salhah. Kalau sembang-sembang dengan orang kat sana pun, memang diorang akan recommend kan Dayang Salhah. Sebelum membeli, kita boleh rasa dulu semua kek kat situ. Semuanya sedap-sedap. Kalau nak beli online, boleh la menempah di dayangsalhahkeklapis.com.my




Muzium


Pasar Sarikin
Pasar Sarikin ialah sebuah pekan kecil di Bau ( sempadan antara Sarawak dan Indonesia ). Pasar ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Kat sini lah kalau nak memborong sakan pun.

Dan, akhirnya. Masa untuk pulang ke semenanjung. Bersama mantan pengarah KVSP2, Tuan Haji Ahmad bin Hassan. Terima kasih kepada Air Asia kerana telah memberi layanan yang baik. Now Everyone Can Fly.

You may leave your comment :)

29 December 2013

Fungsi dan cara mendownload Dropbox

Assalamualaikum. 
Mesti ramai dah tau kan tentang Dropbox ni, dan mesti ada juga ramai yang tak tau. Okay, ini serba sedikit tentang Dropbox.

Dropbox adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda menyimpan gambar, dokumen, dan video di mana sahaja. Fail yang disimpan ke dalam Dropbox juga akan menjimatkan ruang komputer dan telefon anda. Ini bermakna anda boleh membuat kerja pada komputer pejabat, dan menyelesaikannya pada komputer di rumah anda. (Dropbox memberi ruang percuma sebanyak 2GB)

Tutorial Download Dropbox di PC.  
*Kalau korang dah install dekat handphone pun still boleh download dekat pc.

1.Sila klik Download.
Sila isikan maklumat diri dan Create Account.

2. Then dia akan keluar gambar macam kat bawah ni dan Dropbox korang akan terus didownload.


3. Tunggu sehingga proses mendownload selesai, dan pergi ke bahagian Downloads di File korang.
Contoh :
Double click dekat tempat yang aku mark tu.

4. Dan seterusnya dia akan keluar macam gambar kat bawah ni. Sila isi email dan password anda. Dan klik Next.

5. Klik sehinggalah dapat seperti kotak di bawah ini. Kemudian klik Install.


Yay, dah siap. Sekarang korang boleh la letak file atau gambar dekat folder Dropbox. Dan bila korang tengok kat kat  [ https://www.dropbox.com ] . Korang boleh tengok file/gambar yang telah korang letak. *Kalau buka dekat laptop lain atau handphone pun boleh. Janji Sign In je.

HASILNYA 
Dropbox ni aku install dekat phone, jadi gambar yang ada dalam phone terus diupload ke dalam dropbox. Jadi selepas sehari aku download Dropbox ni dalam laptop. Gambar-gambar yang dari phone automatik dimasukkan ke dalam laptop dalam bahagian Dropbox. Contoh :


P/s : Bergunakan Dropbox ni. Dah jadi pengguna Dropbox ke belum?

You may leave your comment :)

18 December 2013

Adakah Widget Follower Akan Terus Hilang?



Assalamualaikum. 
Rasanya ramaikan yang perasan widget follower hilang? Sebenarnya benda ni dah pernah jadi dalam tahun 2011 kalau tak silap. 2-3 hari juga la follower widget tu hilang. Lepas tu, 2012 pula, ada ura-ura mengatakan *skema* follower widget akan digantikan dengan Google +. Jawapannya memang 'ya'. Kalau tengok blog-blog baru, dekat 'add a gadget' memang tak ada button untuk widget follower. Yang ada cuma Google +. Tadi bila aku tengok balik Tutorial Adakan Widget Follower yang Hilang, aku terkejut. Sebab bila aku klik link untuk Google Friend Connect. Terus dia jadi macam ni.


Persoalannya sekarang, adakah Google akan bertindak kejam dengan membiarkan blog yang sudah beribu raban rabun ribin follower terus kehilangan followernya dan akan bermula kembali dari bawah seperti blog-blog baru yang tak mempunyai readers? Terima kasih Google kalau anda bertindak begitu. Memang nak kena saman dengan aku. Tak pasal-pasal aku beralih ke Yahoo pulak. Apa-apa pun kita tunggu 2-3 hari lagi. Kalau tak ada juga, Google + lah jawapannya.

Kembalikan widget follower kami.

p/s : Tak minat nak guna Google +. Macam tak ada cabaran dalam berblogging.
Apa pendapat korang? Masih menunggu widget follower ataupun terus beralih ke Google + ?

You may leave your comment :)

16 December 2013

List Barang Keperluan Asrama

Assalamualaikum, memandangkan tak lama lagi sekolah dah nak buka, dan ramai yang baru nak masuk asrama, aku pun bagi la list barang ni. Tapi list barang ni more kepada student perempuan. So, klik check untuk barang yang korang perlukan, dan tinggalkan bagi barang yang korang tak perlu. So, nanti mudah la, just salin atas kertas then shopping.


Loker asrama yang telah dikosongkan.
Toiletries
Sabun
Syampu
Berus gigi
Ubat gigi
Body scrub
Span mandi
Conditioner
Shaver
Baldi
Raga mandi
Downy/Softlan
Sabun cuci baju
Facial Wash
Span Mandi
Hanger / Sepit
Cebok mandi
Pakaian
T-shirt biasa
T-shirt lengan panjang
Seluar
track bottom
Baju kurung
Kain batik
Underwear
Tuala
Tuala muka
Tudung syria
Sweater / cardigen
Kasut sekolah
Kasut sport
Sliper
Cekak rambut
Getah/sepit/rambut
Pad


Storage box yang sangat berguna bagi manusia yang malas nak mengemas.
 
Segala ubat-ubatan aku diletakkan di dalam satu bekas

Stuff
Bedak
bb cream
Minyak / perapi rambut
Lotion
Deadorent
Masker
Perfume
Body mist
Tonner
Hand sanitizer
Kapas
Span Mandi
Sikat
Kepit kuku

First-Aid
Panadol
Ubat
Strepsils
Plaster
Balm
Minyak panas
Minyak cap kapak
Pil chi kit teck aun
Bandage
Mopiko
Span Mandi




Pen holder (pink zone)

Persiapan sebelum seluar terkoyak.
Others
Alarm clock
Wallet
IC
Jam tangan
Jarum/benang
MP3
Mangga / kunci
Torchlight
Sejadah
Telekung
Yassin
Torchlight
Mangkuk / Cawan
Sudu / Garfu
Sabun basuh pinggan
Botol air
Bandage
Kapas
Span Mandi
Ambi pur
Book stand
Kiwi Kasut
Makanan
Meggi
Nestum
Biskut
Milo 3 in 1.
Air kotak
Gula-gula
Bubur segera
Roti
Chocolate *lalala

Nasihat : Kalau baru nak masuk asrama, better beli benda yang perlu  je, sebab kita tak tau macam mana rupa suasana asrama. Nanti kalau dapat loker kecik, korang nak sambut mana kan barang yang bebanyak ni. Apa-apa pun Good Luck.
p/s : semua barang keperluan asrama kat atas ni bukannya semua penting. Pandai-pandai la pilih untuk keperluan. kalau ada yag tertinggal, tolong bagitau ye.

You may leave your comment :)

10 December 2013

Review Charcoal Mask

Assalamualaikum
Rasanya ramai dah kot yang tau pasal Charcoal Mask ni. Masker ni, kalau korang nak tau harga dia sangat lah murah iaitu hanya RM5. Tapi terhad, dia cuma dijual di Daiso. Daiso pula, bukan semua tempat ada. Jadi ramai lah yang mengambil kesempatan dengan menjual dengan harga yang berlipat kali ganda. Yang ruginya kita lah kan, sebagai pembeli. So, so, so dan so belilah di Daiso sendiri.

Apa fungsi charcoal mask?
Fungsi dia ialah untuk menghapuskan black head/white head yang ada banyak kat muka terutamanya bahagian hidung.

Jijik kan? Heh, ni la black head/white head.

Boleh bagi putih tak?
Maaf ye, produk ni bukan untuk bagi kulit putih gebu,  hilangkan jerawat ke parut ke memang tak okeh. Produk ni just perlu digunakan seminggu dalam 2 kali sebab black/white head ni akan keluar selalu. Dan tidak boleh dihapuskan dengan serta merta. Kiranya, treatment ni perlu dilakukan selalu.


CHARCOAL MASK (DAISO)

Pengenalan : Charcoal Mask (Daiso)
Charcoal mask dari Cosway ni kalau korang nak tahu, dia berasal dari Korea. Kalau tengok pack dia sendiri pun, korang takkan faham satu apa pun, sebab dia tulis dalam bahasa korea. Dan, bila dah nama pun produk dari Korea, melonjak-lonjak lah perasaan ingin membeli tu. Yelaa, kulit orang korea ni kulit orang Asia. Kalau beli produk omputeh tu, kira macam tak sesuai la dengan kita. Jepun sebenarnya. Hihi.

Review Charcoal Mask from Daiso.
Pertama kali pakai. Hmm, okay la. So-so je sebenarnya. Tak ada lah keluar banyak mana pun. Nak kata tak ada tu, tipu lah. Ada, tapi tak banyak mana pun keluar black head/white head. Sesuai la dengan harga dia. Teksture dia pula, tak terlampau pekat, tak juga cair. Okay la, mudah nak apply kat muka. Masa nak tarik pun, tak ada la sakit mana. Cuma tang area nak dekat-dekat telinga tu memang nauzubillah, rasa macam tarik kulit.



BIOGLO CLEAR PORE DEEP CLEANSING MASK


Pengenalan : Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask
Ni lagi satu masker, sama je, charcoal mask jugak. Tapi kalau nak dibandingkan harga dengan Charcoal Mask (Cosway), mask Bioglo ni memang jauh lagi mahal, kalau tak silap aku beli around RM20 sebab aku tak ada member card kat Cosway. Tapi yang bestnya, semua orang pun dah tau kan Bioglo ni memang elok, dan ia pun telah terbukti.

Review Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask
Produk mahal, kalau tak mampu nak keluar black head/white head memang nak kena la kan. Yang ni memang aku puas hati sangat-sangat. Sekali cabut, memang nampak lah sebijik-sebijik black head/white head. Bila dah tengok keluar tu, memang rasa puas sangat. Hidung pun rasa licin je. Tapi kelemahan dia, aku tak suka taruk kat muka, sebab time nak cabut, memang sakit. Berani letak kat hidung je la. Teksture dia pulak, memang pekat sangat-sangat. Nak tonyoh tu memang lenguh tangan la.

Kesimpulannya, masing-masing ada kelebihan dan kelebihan tersendiri. 

CARA GUNA
1. Wapkan muka dengan air panas (untuk membuka pori) -terpulang
2. Tonyohkan masker di muka (elakkan terkena kening, mata dan mulut)
3. Tunggu sehingga kering (around 15 minit)
4. Tarik masker tu.

p/s : kalau korang, korang pilih yang mana? Murah tapi kurang berkesan atau mahal tapi berkesan?

You may leave your comment :)

01 November 2013

Program Outreach di Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Assalamualaikum ^^
Baru-baru ni, bertempat di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah diadakan program outreach bagi zon Kedah/Perlis. Lebih kurang 20 buah sekolah telah hadir. Pelajar lepasan PMR telah datang untuk melawat bengkel-bengkel bagi kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ni.



Antara kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ialah :

Kluster Perniagaan :
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kesetiausahaan Pentadbiran 
  • Perakaunan
Kluster Hospitaliti :
  • Seni Kulinari
  • Baking & Pastry
  • Fesyen
  • Kosmetologi
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran
Aku sendiri pun melibatkan diri dalam program ni. Tapi aku duduk kat bengkel je la. Tapi perghh penat gila. Bayangkan nak melayan student-student yang datang kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran. Memang banyak karenah. Ada yang malu-malu nak cuba mesin-mesin yang ada kat situ (perempuan), ada jugak yang hyper active, tanya banyak soalan (lelaki). Tapi kami layan jugak dengan elok. Eh, elok ke? Hahahha.

Kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran, kami ada buat slide show dalam Bilik Mesyuarat. Dan kat bengkel, kami ada buat penerangan perkara yang kami belajar, dan student-student boleh menggunakan mesin-mesin yang disediakan. Yang paling menarik perhatian is, mesin ricih. Sampaikan ada satu student ni seronok sangat mericih sampai tinggal sikit je kertas-kertas tu.
Mama (Aisya) sedang memberikan penerangan

Mesyuarat tergempar di bilik meeting
Pameran dari kolej-kolej lain
Kolej lain juga turut hadir untuk membuat pameran. Antaranya, Kolej Vokasional Arau, Kolej Vokasional Langkawi , Kolej Vokasional Kulim dan SMT Alor Star . Depa kata makanan kat Dewan Makan kami sedap ohh.  Apa-apa pun thankyou pada Mama, Wardah, Dhia, Aida, Teah, Ayu and Najwa sebab depa la dok tolong melayan.



Asrama Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah mendapat naib johan Asrama Gemilang 2013 daripada 88buah kolej vokasional / Teknik dalam Karnival Vokasional / Teknik. 

p/s : Masih ramai yang pandang sebelah mata Kolej Vokasional. Anda macam mana? Masih dengan pandangan kolot atau sudah memohon? *aceceh, macam iklan la pulak*

You may leave your comment :)