24 March 2013

Sistem pembelajaran Kolej Vokasional

Assalamualaikum w.b.t.

Perasan tak, sekarang ni aku dah jarang sangat update blog ni. Yelah, sekarang ni mana ada masa dah, sebab sekarang dah dok kat asrama. Untuk pengetahuan korang, tahun lepas, aku telah mengambil result PMR dan telah mendapat keputusan 4A 4B. Tak update apa-apa pun masa tu. *Kemalasan malanda.

Sekarang ni, aku dah masuk Kolej Vokasional Sungai Petani2, ambil course Kesetiausahaan Pentadbiran. Sekarang still lagi tahun 1, semester1. Ramai yang berpendapat, kalau nama 'vokasional', mesti sekolah untuk budak-budak bodoh, budak-budak yang malas belajar, yang dah tak ada harapan untuk belajar. Anggapan tu, sangat-sangat lah salah. Vokasional sekarang, bukan macam vokasional dulu-dulu tau. Bukan senang-senang je nak masuk. Macam KV aku sendiri, yang memohon 5000 orang, tapi yang diterima, 200 lebih je, itupun ramai yang kena buat rayuan dan di interview. So, kalau nak selamat masuk KV ni pun, mesti ada 2A dalam tangan, baru ada harapan. *Tu KV aku lah. KV lain ada yang lagi susah, ada jugak yang senang.

Senior dan Junior dorm C2

Kolej Vokasional Sungai Petani2 telah menawarkan :


Kluster Perniagaan :
  • Pengurusan Perniagaan  *Belajar business
  • Kesetiausahaan Pentadbiran  *Dilatih menjadi secretary/personal asistant
  • Prinsip Perakaunan  *akauntan
Kluster Hospitaliti :
  • Seni Kulinari *memasak
  • Baking & Pastry *buat kek/desert
  • Fesyen *Designer/tailor
  • Kosmetologi *Makeup/Bahagian rambut. (boleh buka spa/saloon)
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak *ala-ala cikgu tadika

Untuk pelajar yang ambil course kluster perniagaan, pembelajaran akan banyak menggunakan komputer. 

Kolej Vokasional Sungai Petani 2 cuma menawarkan course yang lebih kepada perempuan, tapi lelaki pun ada. (Baking & Pastry / Seni Kulinari ramai lelaki), kalau nak yang ala-ala course lelaki, boleh la pilih Kolej Vokasional Sungai Petani 1.

Untuk pelajar tahun 1,2. (Ting.4, 5) itu dipanggil pra diploma. Sebab pelajar-pelajar KV ni akan mengambil diploma pada tahun ke-4. Satu tahun ada 2 semester. Jadi untuk 4 tahun, kita ada 8 semester.
Pada tingkatan 5, pelajar KV hanya akan dapat meneruskan pengajian untuk lagi 2 tahun, kalau dapat pointer 2.0. Dan, sijil Vokasional bersama pointer 2.0, adalah setaraf dengan sijil SPM. Dari apa yang aku dapat, sijil diploma vokasional sertaraf dengan sijil politeknik.
Dhia buat amali untuk mesin ricih

Belajar kat kolej ni, takda pun masa untuk honeymoon. Setiap masa kena study. Setiap assignment akan diambil markah. Dan assignment ni kita kena hantar kat cikgu waktu luar kelas. Tapi yang untungnya, kalau kita belajar 2 bab untuk satu subjek selama 1 sem, sem yang seterusnya dia tak akan tanya lagi bab sem yang lepas. Berbanding dengan SPM, belajar berbelas-belas tajuk, lepas 2  tahun baru keluarkan semua yang dah dipelajari.

Masa di Kolej dan Asrama
7 a.m  : Keluar blok untuk makan dan pergi surau
8 a.m  : Mula kelas.
10a.m : Rehat selama 1 jam (waktu tutorial)
11a.m : Kelas
12.30 pm.  : Rehat untuk lunch dan menunaikan solat Zohor
2 p.m  : Pergi sekolah (ada kelas)
5 p.m  : Balik, kalau rajin boleh la pergi minum petang
             MASA FREE 
7:15 p.m  : Pergi surau blok untuk solat Maghrib. *ikut blok, ada yang hari-hari, ada yg selang seli.
8:30   : Prep (belajar) 
10.30 : Free . 
*Masa untuk satu subjek ialah 1 jam. Selalunya subjek course kita akan ada 4 jam dari 7 jam masa belajar.

Pakaian pula, dah tak pakai dah baju sekolah, tapi pakai baju koperat warna oren. Baju ni dipakai sampai form5 je. Lagi 2 tahun, baju bebas rasanya.

Asrama KVSP2 (Blok C)-blok aku la tu.
  • Kemudahan: toilet, shower, dobi, bilik iron, bilik prep, dan bilik tv,water cooler,cerek disediakan.
  • Handphone/tablet boleh dibawa, dengan syarat bagi warden. Hujung minggu warden bagi pegang.
  • Mp3, walkman, radio, laptop, camera boleh dibawa dan disimpan sendiri.
  • Broadband diharamkan.
  • Pada hari persekolahan, TV boleh buka setiap hari kecuali waktu malam. *balik sekolah bukak la.
  • Hujung minggu boleh buka TV dari pagi sampai 11.30 malam.

*Setiap blok ada peraturan sendiri.

Bilik mesyuarat
Untuk yang berminat nak ambil course Kesetiausahaan Pentadbiran :
Untuk sem1 ni, memang best. Course ni, nak latih kita jadi setiausaha sesebuah syarikat,  kira setiausaha ni orang kedua terpenting la  dalam sesebuah syarikat selain bos. Untuk sem1 ni, Bahagian 1, aku belajar bab mesin. Belajar guna mesin fotostat, printer, mesin faks, mesin ricih. Bahagian 2, penyuntingan. Kita kena edit banyak file. Bahagian 3 pulak, kita kena belajar taip dengan betul, buat memo perniagaan, surat dan banyak lagi. Kalau korang jenis ketagih kat komputer, boleh la pilih course ni. Tempat belajar ada 3 tempat, kelas, makmal dan bilik mesyuarat.
p/s : Agak-agak ramai lagi tak yang tak boleh nak ubah pandangan buruk kat vokasional ni ? 
KURSUS YANG DITAWARKAN DI KV SUNGAI PETANI 2 [ KLIK ]
Recent post untuk 2017 : Soalan Lazim : Kolej Vokasional 
Tips Temuga Kolej Vokasional
Update : Boleh check website Kesetiausahaan Pentadbiran KVSP2

You may leave your comment :)

257 comments:

  1. macam best je.. wee.. :3

    ReplyDelete
  2. wahh ni dah kira macam kolej la ea. tapi nanti ada amik spm x?

    ReplyDelete
  3. @cik nana Tak ada, tapi jangan risau. Kalau dapat pointer 2.0. Sijil Vokasional tu sama taraf dengan sijil SPM.

    ReplyDelete
  4. Goodluck :) Belajar elok2 ..hehe
    http://farra-izzaty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. wahhh,, dgr pun dh rasa best..

    ReplyDelete
  6. course same as KV Perdagnagn Johor Bahru la :D
    but KV kiteorg x de bakery , kosmetologi , fesyen n AKK but digantikan dengan database management system and web application. Ape2 pun gud luck utk pentaksiran pertama :D

    follow :D http://syahmi-mylifeasmuslim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. dah ubah sistem semester eh? bagus jgk. awal2 dh boleh tetapkan course ape kita nk ambik nti :)

    ReplyDelete
  8. Ohh, pelajar Vokasional rupanya. Samalah kita. :) #DiplomaVictim >.<

    ReplyDelete
  9. Wah best , masa form3 dulu pun saya mintak kv2 ni and bidang ni . tapi tak dapat and tk buat rayuan :D
    btw belajar sungguh2 :)

    ReplyDelete
  10. AnonymousJune 12, 2013

    Eh,, adik school dekat KVSP 2 eh,, sama lah tapi batch akak masa tu still jadi teknik lagi

    ReplyDelete
  11. AnonymousJuly 27, 2013

    owh..KVSP..sme lha..tp sy KVB,,kolej vokasional besut..kt trgganu.

    ReplyDelete
  12. hai. sorry kalau mengganggu. saya harap, ada lagi post tentang kolej vokasional di blog ni. sebab saya nak masuk. so.. kenalah tau serba sedikit pasal kolej ni.. thanks. apa-apa pun.. good luck ya.

    ReplyDelete
  13. pihak vokasional tengok result percubaan or result pmr?

    ReplyDelete
  14. @Anonymous Kedua-duanya. Tapi mula-mula tengok percubaan dulu.

    ReplyDelete
  15. kalo nak ambil account apa syarat2 nya...tolongla saya nak masuk sgt nii..

    ReplyDelete
  16. @Anonymous Kalau nak ambek akaun, susah sikit. Sebab kena dapat minimum A atau B bagi semua subjek. (untuk PMR, bukan percubaan) Macam kalau dapat 2A pun, lagi 6 subjek yg lain tu kena dapat minimum 'b'.

    ReplyDelete
  17. just wanna asking , subjek teras mcm bm , bi , sc , math blaja mcm biasa ke ?

    ReplyDelete
  18. @Anonymous Yep, 6 subjek teras. BM, BI, SN, MATH, SEJ, AGAMA. Then, subjek untuk course ikut semester. Ada yg 3/4/5 paper.

    ReplyDelete
  19. @Anonymous Tapi cara belajar subjek teras ni pun lain. Ikut semester. Dalam satu semester tu, contohnya math, kita akan belajar 3 topik. Naik je semester baru, buang 3 topik tu, belajar topik lain pulak. Kiranya, kita tak belajar mcm spm. Kalau spm, kena belajar bab form 4/5. KV ni, habis je 1sem (setahun ada 2 sem) naik sem baru, tukar topik lain. Exam pulak tak akan tanya dah topik sem lepas. Macam kolej biasa la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kulinari dengan bkeri yg mna
      laki kurang ea?

      Delete
  20. @Anonymous Kalau kat KVSP2, Lelaki ambil course bakeri kurang sikit. Kulinari ramai lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh..em xtau la nk ambik yg mna 22 minat..hihi..
      em slalunya blan bpa bole start msuk kvsp2?
      n ada interview x?
      #SORRYFORASKINGTOOMUCH

      Delete
  21. @AnonymousSokay :) Student baru akan masuk 21.1.2014. Btw, interview tu selalunya kalau keputusan kureng sikit atau course yg ramai orang mintak macam kulinari. So, tak semua kena lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you...sangatt membantu.;-)

      Delete
  22. eddy ambk kunilari , ada xkawan akak ambk kunilari ? nk tnye bnda at dy ni

    ReplyDelete
  23. @Anonymous Boleh tanya dia kat fb. -> https://www.facebook.com/anwarkhuzaini97 (Anwar)

    ReplyDelete
  24. nak tanya..lepas akak habis belajar 4 tahun dekat kv,akak dpt diploma ke??

    ReplyDelete
  25. kalau akak dh habis belajar dekat kv,akak dpt diploma ek??diploma tu boleh sambung ijazah ke?

    ReplyDelete
  26. @Anonymous Yep, after 4 tahun dapat diploma. (19 tahun) Then, kalau nak sambung ijazah, boleh je kat IPT yang terpilih. Nanti akan ada la ceramah tentang kemana kita lepas habis diploma.

    ReplyDelete
  27. hai,,saya nak tanya..boleh ke isi borang kv pilihan pertama dgn pilihan kedua sama ??takut nanti kena reject

    ReplyDelete
  28. @Anonymous Boleh je. :) Tapi peluang cuma satu course tu je la. Kalau pilih 2. Pilihan pertama tak dapat, mungkin pilihan 2 kita dapat.

    ReplyDelete
  29. hey. nak tanya kalau results trial pmr tak ok then results pmr yg sebenar ok boleh masuk bidang kesetiusahaan pentadbiran ni tak?

    ReplyDelete
  30. @Bella InsyaAllah boleh. Tapi ikut rezeki jugak. Kalau tak dapat, boleh buat rayuan.

    ReplyDelete
  31. salam...nk tnye nie...nnt klu kite kt kv..kite nk kene ambik SPM gak ker mcm dak2 sek biase??

    ReplyDelete
  32. salam...nk tnye nie...nnt klu kite kt kv..kite nk kene ambik SPM gak ker mcm dak2 sek biase??

    ReplyDelete
  33. @Anonymous Tak ambil dah, just ikut sistem semester sampai umur 19.

    ReplyDelete
  34. salam...nk tanya..susah x tinggal di asrama??

    ReplyDelete
  35. @Anonymous Depend dekat diri sendiri. Kalau sendiri kata susah, susah la. Kalau kita kata senang, enjoy, benda tu jadi best. Just maybe first-first tu rasa susah sikit la sebab jauh dengan family. Rasa menyesal semua ada. Tapi lama-lama akan jadi seronok. Ramai je mula-mula tu menangis nak balik rumah, nak keluar asrama. Akhir tahun gelak sendiri bila ingat benda tu.

    ReplyDelete
  36. oh ok tapi kan saya buat permohonan kv dah 3 kali. mula2 mintak kulinari kat setapak then tukar kesetiausahan pentadbiran dekat slim river pastu tukar lagi ambik kat gombak pulak tapi aliran yg sama. haha boleh ke?

    ReplyDelete
  37. @Bella Boleh, tapi dia akan tengok pilihan yg terakhir.

    ReplyDelete
  38. Macam mana nak tahu permohonan kita tu diterima kalau apply online?

    ReplyDelete
  39. @Anonymous Nanti bukak kat website yang sama, then dia akan bagitau. "Permohonan anda diterima".

    ReplyDelete
  40. hii,saya nak tanya,nanti kalau lepas form 5,dia akan sambung utk diploma ke atau kita boleh pilih sama ada nak sambung atau ke politeknik?

    ReplyDelete
  41. salam dik,akak nak tanya ada ke budak yg berisi amik bidang ni?sebab adik akak ni dia kata yg amik bidang
    ni semua kurus2.akak sruh adik akak masuk pun sekarang ni vokay dah bagus..tolong ye dik.balas k :)

    ReplyDelete
  42. hi.saya nak tanya,kalau kita fail dlm sem 1-4,kita dpt sijil ek?sijil tu mcm spm ke?

    ReplyDelete
  43. @Anonymous Kalau fail, kena repeat paper yang kita fail tu. Habis tahun kedua, kita akan dapat sijil vokasional. Bukan sijil spm.

    ReplyDelete
  44. @Anonymous Kalau nak kata berisi tu, saya pun berisi la jugak. *heheh* dan ada juga yang lebih berisi. Yang penting, confident tu kena ada. :)

    ReplyDelete
  45. @Anonymous Lepas dapat sijil vokasional (tahun kedua) Kita akan terus sambung ke diploma untuk tahun ke 3/4. Bab pergi ke politeknik selepas tahun kedua tu tak sure. Tapi lepas tahun keempat boleh la masuk ke IPT untuk sambung ijazah.

    ReplyDelete
  46. apa perbezaan sains kesetiausahaan dgn kesetiausahaan pentadbiran??

    ReplyDelete
  47. @Anonymous Rasanya tak wujud Sains kesetiausahaan dekat kolej vokasional. :)

    ReplyDelete
  48. Salam dik, dgr ada subjek elektif ditawarkan spt bhs mandarin & perancis. Betul ke?

    ReplyDelete
  49. @Anonymous Tak pernah pulak dengar. Mungkin benda tu ada kat Kolej Vokasional lain, tapi tak ada kat KVSP2. Tapi kalau pertandingan debat bahasa Inggeris tu ada la.

    ReplyDelete
  50. Ada x masalah disiplin kt kolej nie? Sorry bertanya..

    ReplyDelete
  51. Salam, kalau mintak kulinari mmg Kena interview ke? If interview x success, bole dpt 2nd choice x?

    ReplyDelete
  52. @Anonymous Masalah disilin kat mana-mana pun ada. Cuma tak ada yang teruk.

    ReplyDelete
  53. @Anonymous Tak semua kena. *selalunya lelaki* Kalau interview pun tak success, kira tak dapat la tu.

    ReplyDelete
  54. hi,kenapa akak pilih vokay??cikgu saya kata vokay hanya utk kelas bawah je :(

    ReplyDelete
  55. belajar dlam bahasa org putih ke org kita??hehe exam dlam bahasa pe?

    ReplyDelete
  56. @Anonymous Ye, ramai cakap macam tu. Tapi bagi saya, tu semua fikiran kolot. Vokasional sekarang, bukan macam vokasional dulu. Lagi-lagi bila dah naiktaraf ke kolej vokasional. Berapa ramai yg bila kata, 'Vokasional' semua pun, "oh, budak bodoh rupanya". Sebab apa vokasional tak ada student pmr 8A,7A ialah sebab pihak vokasional sendiri yg tolak. Tapi kat KVSP2 sendiri, kebanyakannya ramai yang 4A/5A.

    ReplyDelete
  57. @Anonymous Bahasa kita, exam pun bahasa kita. Cuma dalam subjek course, ada perkataan-perkataan yg dalam bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  58. keputusan utk masuk vokay bila dpt??knp ada yg dpt sekarang?

    ReplyDelete
  59. @Anonymous Kalau tak silap, 13 Jan. *tak sure*. Dan yang dah dapat tau sekarang tu mungkin melalui mesej. Bukan yg rasmi.

    ReplyDelete
  60. kawan saya dia dpt panggilan from kerani vokay,but dia kata dia kena interview,makna ye dia dh confirm dpt ke tak??

    ReplyDelete
  61. @Anonymous Tak comfirm lagi. Lepas interview baru tau, layak ke tak.

    ReplyDelete
  62. Kalau results 6A ada peluang tak nak masuk kvsp2 ni?

    ReplyDelete
  63. Ada tak kawan akak amik course fashion?

    ReplyDelete
  64. Nak tukar course boleh tak?

    ReplyDelete
  65. as salam dik..agak2 semasa interview apakah soalan yang ditanya

    ReplyDelete
  66. Hmm...mmg 8/7A xdapat ea?
    Kalau minat :'(

    ReplyDelete
  67. @Anonymous Ikut KV rasanya. Kalau kvsp2, permohanan terlampau tinggi. So, 6,7,8 A pun boleh dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  68. @Anonymous Setakat kawan sekolej tu ada la. :)

    ReplyDelete
  69. @Anonymous Yang tu ikut pertimbangan KV tu sendiri.

    ReplyDelete
  70. As salam, nak tanya, anak mcik, lelaki, dia memang minat sgt kulinari ni, tapi 50 50 mcik nk lepaskan, kep dia 4a 4b.tp dah isi borg online.tak dpt apa2 jwpan pun sblm ni.

    ReplyDelete
  71. As salam, nak tanya, anak mcik, lelaki, dia memang minat sgt kulinari ni, tapi 50 50 mcik nk lepaskan, kep dia 4a 4b.tp dah isi borg online.tak dpt apa2 jwpan pun sblm ni.

    ReplyDelete
  72. sis, saya tak dapat masuk KV laa. Kalau nak buat rayuan kita kena pegi berapa haribulan eh? Plis reply. n apa yang kita perlu bawak?

    ReplyDelete
  73. klau kita dpt 5b n semua lulus dipertimbangkan x? ? sy ambk komputer dan rangkaian

    ReplyDelete
  74. @mama Semalam keputusan dah keluar :)

    ReplyDelete
  75. @mama Semalam keputusan dah keluar :)

    ReplyDelete
  76. @Anonymous Tak pasti. sebab KVSP2 tu tak ada course tu.

    ReplyDelete
  77. macam best je kalau masuk kv. hm setiap blok memang ada peraturan sendiri ke macam mana?

    ReplyDelete
  78. Salam dik...adik akak dpt masuk KV nie.
    kasut sukan tu dia bgtau tanpa corak & garisan..tapi dia x bgtau kaler apa..bole pakai apa2 kaler ke?
    Tima kasih byk2 ye dik..

    ReplyDelete
  79. Salam dik,
    Kasut sukan kaler apa ek? Apa2 kaler pon bole ke?

    ReplyDelete
  80. Salam dik... Kasut sukan kaler pape pon bole ek? Asal jgn ada corak & garisan.

    ReplyDelete
  81. Salam nabiha. Saya ada bbrp soalan mintak tlg jwb ek. Tq.
    1. Tudung putih bawal bole pkai ke kelas ke?
    2. Track bottom kalo ada garisan halus kt tepi pon x bole ek?
    3. Kasut sukan kaler apa?
    4. Ipod bole pkai kt hostel x?
    5. Baju kurung perlu bawa x?
    Tq tq

    ReplyDelete
  82. Salam makcik nak tanya brpa yuran keseluruhan untuk course kesetiausahaan dan pentadbiran sbb ank makcik akan ke KVSR pd 20/1/14

    ReplyDelete
  83. @Anonymous Aah, sebab setiap warden kan lain-lain. Ada blok yang peraturan dia longgar sikit, ada yang ketat.

    ReplyDelete
  84. @Anonymous Tak boleh nak jawab la soalan pasal tudung bawal, seluar line ke apa ke, Sebab, lain KV, lain peraturan. Kalau KVSP2, no tudung bawal.

    ReplyDelete
  85. @Anonymous Yang tu saya tak pasti. Sebab lain KV, lain yurannya.

    ReplyDelete
  86. Kena bawak barang keperluan asrama tak masa hari pendaftaran

    ReplyDelete
  87. Kena bawak tak barang2 keperluan asrama masa hari pendaftaran?

    ReplyDelete
  88. thankyou sis! you gave me a lot of information! love your writing!! padat dan kemas. no wonder la ambik kos tu. sangat sangat A+ :)

    ReplyDelete
  89. @Khairul Amizi Yep. Sebab lepas pendaftaran terus masuk asrama.

    ReplyDelete
  90. @Zac Rega Welcome. Btw, thanks jugak diatas pujian yang melambung itu. *cewah*

    ReplyDelete
  91. Hi.
    Saya ada mohon kv. Lpas interview sy gagal. X dapat. Sy nk buatbrayuan. Mcm mne. Bila tarikh akhir buat rayuan.
    Heee. Sorry for asking too much.

    ReplyDelete
  92. Akak tau tak kat kolej vokasional mana yg ade course bakeri?? sekarang ni boleh buat rayuan lagi ke???

    ReplyDelete
  93. Salam. Nabiha, maaf nk tanya....waktu cuti sekolah KV sama tak dgn sekolah harian

    ReplyDelete
  94. salam.... saya dpt masuk kolej kv kemaman.... saya ambil bidang kesetiausahaan pentadbiran tp saya seorang lelaki.... semua org perempuan..... mcm mane ni.... ase mcm nk tukar sekolah asal je....

    ReplyDelete
  95. salam.... saya dpt masuk ke kolej kv kt kemaman.. saya ambil aliran kesetiausahaan pentadbiran tp saya seorang lelaki...semua org perempuan... ase mcm nk tukar sekolah asal je... ada apa2 komen x??

    ReplyDelete
  96. @hakim luqman Kalau nak tukar, baik tukar awal-awal. Takut nanti tertinggal pelajaran sekolah lama. Tapi tak salah lah kalau sorang laki pun. Memang kursus KSU tak ramai lelaki. Tapi, kalau belajar, untuk jadi setiausaha tokoh-tokoh korporat. Gaji banyak woo.

    ReplyDelete
  97. Aslm kak Biha..skrg ni akk dh keje ke??

    ReplyDelete
  98. Gaji dlm bape agaknye? Hehehe saje nk tanya...

    ReplyDelete
  99. Kelas ko yg ambil aliran S U... ade x lelaki??

    ReplyDelete
  100. kalo gaji bape agaknya....?? kolej ko tu ade x... org lelaki....ambil aliran ni...

    ReplyDelete
  101. @hakim luqman SU ni banyak. Gaji pun berbeza. KVSP2 cuma sorang je ambek course ni.

    ReplyDelete
  102. Akak tau tak kat kv mana yg ade course bakeri??

    ReplyDelete
  103. @Anonymous KVSP2 dan KV Kuala Kangsar. Act, banyak lagi. Tapi taktau kat mana.

    ReplyDelete
  104. Selain m/p wajib, berapa m/p lain yang perlu ambil? Kesetiausahaan Pentadbiran dikira sebagai satu mata pelajaran?

    ReplyDelete
  105. saya nak tanya boleh lagi ke kalau nak masuk KV bulan march 2014 ni? Soalan kedua pula boleh ke budak yg dah masuk KV pindah ke sekolah yg asal? Susah atau senang?

    ReplyDelete
  106. salam..kalau amik rekaan fsyen best tak.?blh ag k kalau nak dftar skrang.!.

    ReplyDelete
  107. wahh.. kte sme.. sye pon amek kesetiausahaan pentadbiran jgk,.. tp skang sye dh thun 2 semester 3.. smart video korprat kv awk.. jom tgk video korprat kv sye plk..

    https://www.youtube.com/watch?v=wxkvGcih8cE

    ReplyDelete
  108. 1st time baca blog budak KV Sungai Petani 2...^_^..payah nak jumpa..saya duduk duduk KV awak jugak tapi time tu nama dia still sekolah teknik..saya duduk blok E..salam perkenalan..^_^

    ReplyDelete
  109. Lau amik course kesetiusahaan pentadbiran ade amik subjek akademik x?

    ReplyDelete
  110. Salam adik, saya bakal graduan ijazah sarjana muda pendidikan teknikal dn vokasional, iaitu bakal pensyarah kolej vokasional. Saya nk kepastian, apa status pengajar di kolej vokasional, cikgu atau pensyarah?tq..

    ReplyDelete
  111. @subri zakaria Yang tu tak sure la pulak, sebab pensyarah-pensyarah yang sekarang ni pun, asalnya cikgu jugak.

    ReplyDelete
  112. owh mcm tu. kiranya skrg ckgu da tkar status kpda pensyarah ea. ok pham. hehe. tq adik. insyalah x lama lg sye akan ngajar kolej vokasional, saya ajar kursus kejuruteraan elektrik & elektronik. :)tengs again.blajar rajin2.

    ReplyDelete
  113. Hi, apakah subjek wajib (Modul Akademik) bagi Tahun 3 (Sem 5 dan 6) dan Tahun 4 (Sem 7 dan 8)?

    ReplyDelete
  114. hai. saya kv gombak, ambil course s/u juga. sekarang dah sem 4. hehehe :)

    ReplyDelete
  115. @Tan I'm not sure. Kitorang tak didedahkan lagi dengan perkara untuk tahun 3/4.

    ReplyDelete
  116. Rasanye kalau bab pakai baju bebas tu mmg xkan dpt...dgr cita kolej vokasional nti dh masuk tahun 2 kene buat pinjaman ptptn jgk..betul ke?

    ReplyDelete
  117. kalau masuk kv, bab buli-2 ni ada tak?

    ReplyDelete
  118. kalau ada masa free, boleh ke keluar sekolah tu? gi kedai ke? boleh ke? hehe

    ReplyDelete
  119. Saya nk tahu apa yang dipelajari kalau amik course pendidikan awal kanak-kanak :) harap dapat dibalas

    ReplyDelete
  120. Macam mana nak pindah dari kv ke smk harian biasa ? ? Really need ur help . Kalau boleh tlg email kan jawapan to rosminahrazalir@yahoo.com

    ReplyDelete
  121. @Anonymous Tak dapat den nak jawab. Den tak ambil Asuhan kanak2.

    ReplyDelete
  122. Akak , saya nk tnye akk dk kt sne xde kes buli ke hehe ? Fon blh pgng ke mase kte free ? Utk course SU nih akk rse ssh x ?

    ReplyDelete
  123. Mahal tak yuran kv ni?kalau student baru masuk agak 2 permulaan yuran berape?

    ReplyDelete
  124. Assalamualaikum .. Seni Kulinari & Baking & Pastry ni yang mna bagus lagi ? kalau kena interview biasanya kena tanya apa ? thanks ^^

    ReplyDelete
  125. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  126. @NabilaZaidi
    Kak,saya harap kak boleh balas komen saya. Ramai kawanku berkata bahawa kolej vokasional ini tidak bagus kerana tidak mengambil SPM. Saya takut saya tidak akan dapat kerjaya yang bagus. Saya tak paham maksud SPM sama taraf dengan Sijil Vokasional.Please jawab komen saya..

    ReplyDelete
  127. hai nk tanya kv kuala kangsar senang tak nak dpt. lagi satu kv ape yg ade pengajian awal kanak2 and senang nk dpt?kalau ade satu faild boleh masuk tak *hope reply sy form 3

    ReplyDelete
  128. @nabiha zaidi Klau ad fail 1 @ 2 subjek bley mintk x kvsp2??

    ReplyDelete
  129. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  130. @Anonymous Kalau fail, rasanya tak dapat. Sebab kebanyakan course, sekurang-kurangnya perlu dapatkan minimum gred C, dan ada yang D.

    ReplyDelete
  131. Asalamualaikum , yuran brp ?

    ReplyDelete
  132. @nabiha zaidi yuran kvsp2 brp??

    ReplyDelete
  133. @nurul izzaty Yuran setiap tahun berbeza. So, tak tahu.

    ReplyDelete
  134. Owhh , kak ada whatssapp x ??
    Saya ada bnyak benda nk tnya kak nie ..

    ReplyDelete
  135. Nak tanya KV boleh buat pinjaman ptptn x..

    ReplyDelete
  136. Nak tanya KV bleh buat pinjaman ptptn x..

    ReplyDelete
  137. Nak tanya KV bleh buat pinjaman ptptn x..

    ReplyDelete
  138. soalan ape yang selalu ditanya masa temuduga kv?

    ReplyDelete
  139. sye belajar kat kolej vokasinal kemaman

    ReplyDelete
  140. as'salam,nak tanye biase interview die tanye ape sebab she dpt Surat temuduga untuk kv

    ReplyDelete
  141. as'salam,nak tanye biase interview die tanye ape sebab sye dpt Surat temuduga untuk kv

    ReplyDelete
  142. best'y sclh awak dngr mcm sporting jehh kn ...

    ReplyDelete
  143. Kalau tak dapat surat interview dari sekolah tuu , means kita takpayah pegi interview tu ke ? Just tunggu keputusan ?

    ReplyDelete
  144. kak tumapang tanya
    biasanye kalo temuduga ape yang akan ditanya
    akak bleh bagitau x mcm cara pembelajaran disana and satu lagi akak bleh post x gambar jadual tu
    terima kasih
    kalo akak x balas pon x pe
    saya harap akak dpt balas

    ReplyDelete
  145. Salam...mse interview soalan ape yg ditnya klu dlm bidang electric

    ReplyDelete
  146. @Alin Ayinn Ya. Tapi selalunya kolej akan ambil yang diinterview sahaja.

    ReplyDelete
  147. @Anonymous Setiap kv caranya berbeza-beza :)

    ReplyDelete
  148. Kak sye nk tnya . Sye bdk lepasan pt3 sye dpt7A tp sy lemah sgt math so sye mntk msk kvsp2 dan dh diterima tp sy skrng dlm aliran sains tulen tp mmg lemag gile addmath so ap pandangan akk ?? Ptut ke sya twrima tawaran kv dn tinggalkan aliran sains

    ReplyDelete
  149. @Nur Alis Ikut yang betul-betul minat dan cita-cita. Bab lemah tak lemah, tu semua boleh belajar. Baru lagi masuk aliran sains tu, takkan nak terus pandai add math. Tapi kalau dah minat dengan course yang ada kat KV, apa salahnya. Masuk KV pun still ada basic untuk aliran sains tulen. Macam kitorang diploma sekarang, ada subjek Sains, tapi belajar Chemist. Math pun, ada basic add math. Cuma tak terlalu mendalam macam form4/form5. Kalau sains tulen tough dalam akademik tapi tak ada kemahiran *rasanya*, tapi KV tough dalam kemahiran but still pelajaran kena utamakan sebab kalau result K.O tak boleh sambung diploma untuk 4 years. Masuk KV ni untungnya ada 3, pelajaran ada, kemahiran ada, kegunaan untuk life sendiri pun ada. sebab kita diajar bab berniaga, cara menjadi seorang pekerja yang profesional, dan diajar juga cara menguruskan kewangan dll. So, benda ni berguna untuk kehidupan kita even kita tak teruskan dengan apa yang kita dah belajar. Macam pengurusan kewangan, even tak teruskan dengan course kita, contohnya ambil setiausaha. Lastly jadi cikgu. But still dalam hidup kena uruskan kewangan kan? So, tak rugi. Tapi, kalau cita-cita betul-betul nak jadi doktor, ofcourse kena ambil sains tulen. Jangan sebab lemah dalam satu subjek, terus taknak teruskan. Masuk KV pun, mesti ada satu subjek yang susah nak go. Contoh, kalau bidang setisuaha, you pandai komputer, pandai bercakap, kerja kemas, tapi you lemah account, lemah bab format. Kalau fesyen pulak, you pandai menjahit, tapi bab design, you kurang idea. Kalau kosmetologi, you teror bab facial muka, tapi potong rambut, tak semestinya you pandai kan? Sama je. Tak semua benda senang. Kena belajar. So, ikut cita-cita. :) Ni my opinion. Pendapat orang, lain-lain.

    ReplyDelete
  150. lebih kurang same je dgn pengurusan perniagaan.

    ReplyDelete
  151. samelah.. saye pon ambek aliran pemgurusan perniagaan.. saye dah temuduga tp, saye takot.. cikgu tu mcm x nak bg saye masuk kv tu.. :(

    ReplyDelete
  152. @Awang Zul Fiqri saye pon same course, pengurusan perniagaan.. saye dah diinterview but cikgu tu mcm reject saye awal2.. takut2 kan saye.. saye rase mcm ragu2 dah.. :(

    ReplyDelete
  153. Kv kalau ambil akaun dpt x sijil LCCI?

    ReplyDelete
  154. @Anonymous Interview memang macam tu. Kalau rasa ditakut-takutkan, semua tu psycology semata-mata. Nak tengok diri kita macam mana. Kalau pusing sikit pun dah takut, tergagap-gagap nak jawab, memang susah la nak dipilih. Lect akan pilih student yang berkeyakinan.

    ReplyDelete
  155. @Nur Amirah tak pasti. tak ambil perakaunan.

    ReplyDelete
  156. slm ..kak.nanti masa pendaftaran..nk kena pkai baju pe?

    ReplyDelete
  157. Nak tanya, kos kosmetologi kalau interview dia tanya apa selalunya? ni member dapat interview kos tu dkat setapak.

    ReplyDelete
  158. Anak Makcik dpt ksu di kv temerloh.. Tp dia selalu tnya makcik.. Kalau icah tak perg, Tak pe ke... Hurmmm..

    ReplyDelete
  159. Anak Makcik dpt ksu di kv temerloh.. Tp dia selalu tnya makcik.. Kalau icah tak perg, Tak pe ke... Hurmmm..

    ReplyDelete
  160. @matahari Kalau tak minat tak boleh paksa jugak. Takut nanti, kat sana tak nak belajar.

    ReplyDelete
  161. SYA AIRISYMarch 07, 2015

    Wahhh!bestnye!x sbr nk msok form4😄

    ReplyDelete
  162. akak, lepas habis diploma dkt kv nanti, boleh tak sambung ijazah dkt uni dengan course yg sama?

    ReplyDelete
  163. Salam nak tanya skit boleh..ada dngar rumors yg dkat sna kalau nk masuk awal-awal tu ada merentas desa..dia akan pilih sapa yg lepas ja..and then btul ka ada ujian depends on kita nk amik course apa??slalunya dia tanya apa??

    ReplyDelete
  164. Assalam akak sye nk ambil kulinari klu nk ambil kulinari kna brpa A plg krg brpa A hope akak bls #sorybnyktya

    ReplyDelete
  165. As salam..nk tnya sikit !klau gred E pt3.blh tak mohon kvp2

    ReplyDelete
  166. As salam! Blh mohon kvp2 tak klau result pt3 kbnyakan gred E

    ReplyDelete
  167. Blh mohon x kv klau result pt3 kebanyakan gred E

    ReplyDelete
  168. Blh x mohon kv klau result pt3 gred E

    ReplyDelete
  169. As salam kak.nk tnya blh?

    ReplyDelete
  170. Blh mohon kv x klau result pt3 ada kebanyakan gred E??

    ReplyDelete
  171. Assalamualakum .. Kak bak id wechat boleh ? .. Byk soalan nk tnya kak mngenai KVSP niyh .. Harap balas ..

    ReplyDelete
  172. dah iktiraf ke diploma program KV ni? kualiti tak bagus bebudak KV ni, yang gagal pra diploma pun pun leh sambung buat diploma. so kualiti diploma memang rendah le, boleh diiktiraf ke?

    ReplyDelete
  173. Sya bru form2 tpi sya teringin sngt nk masuk.....Tk sbr ni masuk form4

    ReplyDelete
  174. Sya baru form2 tpi tringin sngt nk msuk kv.....Tk sbr nk tunggu form4

    ReplyDelete
  175. Sya bru form2 tpi sya teringin sngt nk masuk.....Tk sbr ni masuk form4

    ReplyDelete
  176. Sya bru form2 tpi sya teringin sngt nk masuk.....Tk sbr ni masuk form4

    ReplyDelete
  177. Sya bru form 2 tk sbr nk msuk form 4

    ReplyDelete
  178. kak budak cina boleh masuk kv ke?

    ReplyDelete
  179. Emmmmm. Kalau x dapat pointer 2.0 ? Mcm mana ekkk? Nak repeat balik ke?

    ReplyDelete
  180. Dia interview tu mcm mne? guna bahasa inggeris ke? Seram pulak bila dgr ada interview bagai ni ..

    ReplyDelete
  181. Klau perempaun amik bidang kejuruteraan sesuai tak ? Tkut nnti tiba2 dlm kelas lelaki je semua. Huhu,

    ReplyDelete
  182. Bidang apa yang senang sikit?

    ReplyDelete
  183. Jurusan apa yang pelajar lelaki dn perempuan sama banyak dlm kelas?

    ReplyDelete