27 December 2012

Tak adil : TV3 Lebihkan Bibik Indon

Inspirasi hidup bibik indon sebenarnya.

Assalamualaikum. Eh, mesti pelikkan dengan tajuk post ni, siapa yang tak ada astro, asyik dok terperap je duduk rumah tengok tv, faham la apa yang aku maksudkan. Ingatkan waktu cuti sekolah, banyak la cerita best-best yang tv3 akan siarkan. Rupanya, memang best la untuk bibik Indon. Yang cuti sekolahnya budak-budak Malaysia, tapi yang seronok, bibik indon, dapat tengok cerita dari negara asal.

Gambar ihsan Google

Slot Jom Relaks, Dongeng Indon, tiap hari Isnin hingga Khamis kalau tak silap, start pukul 4. Cerita langsung tak seronok. Kalau tak logik ala-ala dongeng tu tak apa. Ini, orang duduk dekat luar rumah, pegang anak yang tengah menangis, dah kena cop penculik. Patut ka tak patut? Kalau bab edit jangan cakaplah, langsung.. Hancur.

p/s: Lepas ramai yang meluahkan rasa tak puas hati, adakah tv3 akan mengambil tindakan?

You may leave your comment :)

20 December 2012

Freebies : Facebook Cover Doodle

Assalamualaikum, meh ambek, freebies baru :)







Korang boleh la edit , letak nama atau apa-2 je kat bahagian kosong tu. Dan upload kat facebook sebagai timeline cover. Nak? Komen la dulu. ^^


You may leave your comment :)

18 December 2012

Review : Pontianak vs Orang Minyak




Assalamualaikum, hari ni aku nak review filem terbaru, yang baru keluar 22 November 2012, kira tak sampai sebulan la. Peneraju utama filem ni ialah Johan sebagai Ketiak (Orang Minyak) dan Nabil sebagai Sirun (Pontianak). Filem ini diarah oleh Afdlin Shauki yang juga berlakon sebagai ketua Kampung Puaka.

Nabil sebagai Pontianak Lelaki Pertama

Ketiak (Johan) melakonkan watak lelaki lembut yang sering tewas dalam dunia percintaan dan ditawar untuk menjadi orang minyak oleh Lembaga Hitam (Harun Salim Bachik), manakala Sirun (Nabil) seorang lelaki yang ingin mengejar cita-citanya dalam dunia muzik, tapi akhirnya dia tertikam diri sendiri dan menjadi pontianak lelaki pertama, namun dia tidak disukai oleh Ratu Pontianak (Syarifah Syahira). 

Pontianak dan Orang Minyak

Filem ini juga turun dibintangi oleh Adibah Nor, Syarifah Amani, Khir Rahman, Lana Nordin, Fizz Fairuz, Tepet Raja Lawak dan pelakon baru, Isma Hanum dan Nur Atirah Rahani. Dan juga penampilan khas oleh Fara Fauzana, Noh Hujan dan Vanidah Imran.

Bacaan pendiding daripada bomoh


Komen
Bagi aku, filem Pontianak vs Orang Minyak ni, antara filem yang terbaik 2012. Lakonan yang bersahaja, dan memang lawak. Sesuai dengan genre filem ini, iaitu komedi seram. Aku rasa Nabil lebih menyerlah daripada Johan dalam filem ni, rasa nak tengok part Nabil je. Aku siap nyanyi-nyanyi lagi ayat 'pendiding' Kampung Puaka. Paling tak tahan masa Nabil cakap 'Astaghfiruhalazim, semua pontianak terbakar. Dan paling tak sangka bila ada Noh Hujan dalam filem ni.Vanidah Imran pun baca pendiding dengan muka serius.

penampilan khas daripada Noh Hujan

Siapa yang tak tengok lagi, sila la tengok, filem ni memang best. 

You may leave your comment :)

17 December 2012

Top 10 Game Android Terbaik

Assalamualaikum, okay. Top10 game paling best ni bukanlah yang sudah tersenarai di Andoid atau pun di google atau di mana-mana. Ni pendapat personal punya. Mungkin game ni bukan ada kat Android je, Apple Store pun mungkin ada. 

Agent Dash


Subway Surfers


TNT


Nogra Nut


Molekart

FruitNinja


Unicorn Dash


Sushichop


Pimple Popper


Game lari-lari ada, game macam betul-betul bawa kereta pun ada, dan paling dasyat, game picit jerawat. Apa lagi? Jom download. Eh, belum ada lagi? Tengah fikir nak beli Samsung Galaxy Tab atau ipad, meh click sini.


You may leave your comment :)

12 December 2012

Siapakah Mat Luthfi?

Assalamualaikum. Okay, hari ni nak cerita pasal MatLuthfi. Ramai yang dah kenal, tapi rupa-rupanya ada yang tak kenal. Siapa MatLuthfi ni. Aku pun tak tau semua la pasal dia, sebab aku bukan mak dia. Mat Luthfi ni ialah seorang Vlogger. Tahu vlogger? Bukan blogger. Tapi vlogger, vlogger tu apa? Tettt, lambat. Vlogger tu ialah bercerita melalui video. Yang ada kat youtube tu. ^^. Dia ni belajar kat Perth, Autralia.

Ada yang kata dia ni ramai peminat sebab muka ala mat-mat korea. Bagi aku, tu semua tak penting. Yang penting, apa yang dia cakap, memang penuh dengan pengisian. Boleh jadi pengarah terbaik lah dia ni. Berfikiran jauh gitu.
Bila kata ada pengisian, pengisian apa? Heh, dia ni, bercerita dalam keadaan yang kadang-kadang aku rasa 'memerli', tapi keadaan memerli yang sopan dan berhemah.
Dia ni memang lawak lah, setiap video dia mesti ada selit unsur lawak. So, tak boring la macam sesetengah vlogger yang bercerita macam dengar cikgu mengajar kat depan. Setiap video dia akan berlakon.

Muka dah macam mat Cina, tapi. Opss, mat Kedah dia ni.  Tak lupa asal usul walaupun dah belajar jauh-jauh. Takde lah nak sebut durian pun durieenn. Tapi beliau fasih cakap omputeh.

Macam-macam dia ni boleh jadi. Jadi perempuan, lelaki, mak, ayah, boyfriend, girlfriend, orang tua tak sedar diri, semua dia boleh bawak.
Gambar atas ni dia cakap KL, tak sedap, seronok lagi dengar dia cakap Kedah. Nampak tak hipokrip. Tapi memang lawak. Kadang-kadang tensyen, bila tengok video dia pun boleh jadi penawar. Kalau nak kata dia ni famous sebab handsome, rasanya memang tak kot. Sebab aku minat dia sejak zaman dia kurus kering lagi. Untuk pengetahuan korang, MatLuthfi dapat award masa shoutawards hari tu. Tapi dia tak datang ambek. Sedih gila. Aku rasa, MatLuthfi ni bukan yang suka tayang muka kat tempat public.

P/s:Jom la pakat-pakat tengok video dia, aku suggestkan Drama-drama Sebelum Kahwin, Kecelaruan Maklumat, New Album, dan Typical Local Film. Boleh subscribe Matluthfi90 terus .

You may leave your comment :)

Freebies Social icon (Facebook and Twitter)







        




You may leave your comment :)

Freebies follow dan dashboard button

Part1








You may leave your comment :)