30 June 2012

Freebies : doodle muslimah ala-ala aiskrim

Assalamualaikum, okay, disebabkan aku jarang gila update, and aku pun tak tau nak update ape. Aku pun tinggalkan blog ni dengan freebies doodle, Dilarang buat freebies balik . Ada banyak lagi sebenarnya, tapi kasi la sikit-2 dulu kan. Btw, kalau nak tanye atau nak tau update pasal aku yang hot ni \puihhh/ sila lah follow twitter aku kat sini atau @MishApple97 . 



 
Aku order doodle kat sini, berbayar ye.

You may leave your comment :)

07 June 2012

Freebies : kawaii food doodle

Assalamualaikum, Tak dipaksa untuk credit, tapi kalau credit lagi la sesangat dan terlampau bagus . Korang boleh gune untuk letak kat blog korang, kat header ke, sidebar ke, tapi ingat, jangan sampai mampat pulak blog tu. Aku just buat pink coklat, kalau nak warna lain, sila request kat kotak komen, 2 warna je tau. Kalau ramai yang minat warna yang lain tu, insyaallah aku update lain. Dilarang re-freebies balik kat blog korang, hanya untuk kegunaan sendiri okay. 






p/s: Comel tak? diolah daripada: dafont


You may leave your comment :)

06 June 2012

Taman Tema Disneyland akan dibuka di Ipoh.

gambar hiasan 

K, aku memang lambat gila. Harap je duduk Perak tapi dah macam katak di bawah tempurung. *Harap cikgu md isa bagi aku markah lebih untuk peribahasa tu* Taman Tema Disneyland akan dibuka kat Ipoh. Pergh, memang syork lah kan. Tak payah aku pergi jauh-jauh dah walaupun aku memang kaya. *k, tipu* . Korang dah tau ke? K, aku sorang tak tau. Aku tau pun dari member aku, Tasha.


Lalu aku pun mencari maklumat, dan jumpa. Baca lah sendiri, takan aku nak bacakan kot.


SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.

Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.


Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

“Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.


Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa.

Katanya, hotel itu yang kini 20 peratus siap meliputi bangunan hotel setinggi 12 tingkat, dua bangunan komersial sembilan tingkat dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).


PCB memiliki Hotel Casuarina Ipoh di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, tetapi menjualnya kepada Impiana Hotel Ipoh Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM44 juta pada 2009 dan kini dikenali sebagai Hotel Impiana Ipoh.
sumber: Hmetro


P/s: Berapa ek harga dia, harap murah la. Boleh ajak mamakin (cikgu kelas aka mama aku) pegi dengan member kelas aku.
You may leave your comment :)

04 June 2012

Tempahan Header dan Banner Percuma Untuk Pengomen yang terpantas .


Assalamualaikum, Okay, nak header dan banner percuma ? Komen cepat .

Pengomen yang pertama akan mendapat :
Header dan banner .

Pengomen kedua akan mendapat :
Header dan banner .

Pengomen yang ketiga akan mendapat :
Header

Pengomen yang keempat akan mendapat :
Header

Pengomen yang kelima akan mendapat:
Header .

Apa yang korang perlu komen .
Saya mahu header dan banner daripada mish apple kerana ____________ . Dan saya mahukan header doodle part ___________ yang berwarna _________. (pilih kat sini doodle). Dan header yang saya inginkan ialah kod berwarna __________. (cari kat sini kod warna), dan font header yang saya inginkan ialah  ___________(pilih font) .

Taip betul-2 ye. Takde correction dah. Untuk sesiapa yang tulis ikut suka/tidak kesah  tidak dikira sebagai pengomen. Dan, resultnya korang tengak sendiri lepas aku dah publish semua komen .

P/s : untuk yang nak tempah template RM5 (temasuk header dan banner), boleh klik sini .

Update
Komen yang tak dipublish tak diterima sebab ada yang tak isi dengan betul. Baca elok-2 ye .
You may leave your comment :)

03 June 2012

Promosi:Tempahan edit blog RM5 (termasuk header doodle dan banner)



Hai, assalamualaikum . Lepas lama tak update, aku wat promosi untuk tempahan edit blog . Cuma RM5, korang boleh dapat header dan banner sekali. Templatenye boleh tengak kat sini . Template yang tu warna pink, tapi kalau nak tukar warna pun boleh.

Yang boleh ditukar
Header : Pilih kat sini doodle baru dan font .
Background : Boleh cari di google untuk tukar header.
Cursor : Boleh cari di cursur 4 u.
Favicon : Boleh cari di Ego-box.
Warna : Cari di sini.

Note
Harga : RM5 . *tambahan harga untuk item yang ingin ditambah .
Cara bayaran : Topup maxis.
Cara tempahan : Boleh order template ni kat inibeehaluffy@gmail.com :) Atau, yang dah jadi friend kat fb boleh order kat sini k . Kalau tak jadi friend boleh add tapi bagi nickname dekat komen. 

Perlukan 
Nama : 
Nama di header :
Link Blog :
Emel dan password :
Nombor telefon :
Warna yang diinginkan : 
Benda yang ingin ditukar : 

p/s : promosi akan stop tak lama lagi .

You may leave your comment :)