13 December 2022

Pengalaman, Kos & Barang Keperluan Mendaki Gunung Kinabalu

Hallu, Nabiha Zaidi is back!

Post pertama dan terakhir bagi tahun 2022.

So baru-baru ni aku ada buat kerja gila which is mendaki Gunung Kinabalu. Serius cakap ni kerja paling gila aku buat tahun ni. Haha. Jadi aku nak share dan simpan sebagai kenangan sepanjang aku kat sana melalui pos ni. 

Benda yang paling susah sekali untuk trip ni ialah sebenarnya nak dapatkan slot sebab slot pendakian ada limit hanya 100 orang sehari. Bayangkan aku plan nak pergi bulan 6 ke bulan 8 ke bulan 10 dan akhirnya kami dapat slot bulan 12. Benda pun dah bayar, hadap je la kan musim hujan ke apa ke. 

Di Puncak Tertinggi Gunung Kinabalu

Step 1

Aku mula cari organizer dan dapatkan slot yang berpatutan. Banyak organizer yang buat pakej berlainan harga dan berlainan hari. Kebiasaannya 3 hari 2 malam, atau 4 hari 3 malam. Dah alang-alang aku pun first time nak ke Sabah, aku pilih yang 4 hari 3 malam dan extend sehari sendiri.

So 1 hari perjalanan, 1 hari naik, 1 hari turun, 1 hari jalan-jalan dan 1 hari perjalanan balik. Kat sini memang kena bijak memilih dari segi kos dan masa. Paling penting jangan kena tipu. Better tanya kenalan-kenalan yang dah pernah pergi dan tanya pengalaman dengan organizer diorang. 


Step 2

Dah dapatkan slot, organizer pun dah setelkan permit, baru lah aku book tiket penerbangan. Bab ni pandai-pandai la cari cara nak dapatkan flight yang murah. Aku pilih Firefly naik dari Penang ke Kota Kinabalu sebab malas nak sakit kepala kalau pilih AirAsia nanti kena reschedule flight apa bagai. Lagi satu, airport Penang kecil, mudah dan parking yang berpatutan iaitu RM24 sehari.

Kos yang dileburkan tidak termasuk barang keperluan:

  • Pakej Pendakian - RM 990
  • Jurupandu gunung - RM 46
  • Upah porter - RM 74
  • Pole - RM 10
  • Tiket penerbangan (return + 20 KG) - RM 384
  • Lain-lain - RM 496
  • Jumlah keseluruhan: RM 2,000


Step 3

Dah selesai dua ni baru la ada semangat dan target untuk training kan. Untuk training mendaki, aku memang dah 3 tahun hiking gitu-gitu la orang kata. Cuma untuk betul-betul ada stamina, 4 bulan sebelum ke Kinabalu, aku join kelas boxing dan spinning, tapi nasib aku 6 minggu terakhir aku betul-betul busy dengan kerja, jadi aku cuma mengharap stamina sebelum-sebelum tu je la.


Step 4

Cari barang keperluan ni memang penting sebab barang-barang yang ada sebelum ni tak memenuhi syarat Gunung Kinabalu yang sejuk. Kebanyakan barang memang aku beli daripada bundle sebab tak mampu y'alls nak beli baru.

Berdasarkan pengalaman, untuk kasut hiking wajib beli satu saiz lebih besar dari kaki untuk bagi space dibahagian jari. Benda ni akan terasa masa nak turun. Personally aku suka kasut high cut untuk jaga buku lali daripada terseliuh. Banyak kali kasut high cut ni bantu aku dari terpeleot ya. Untuk sandal, memang aku tak berani walaupun ramai je yang pakai. 

Masa ni aku pakai kasut brand Quechua. Aku suka brand ni sebab senang beli kat Decathlon secara online, murah, free postage pula tu. Tapiiiii, disebabkan kasut ni la aku diberi extra care oleh abang guider sebab katanya "Quechua ni boleh buat bawa pergi dinner di hotel saja". Haha, tu maksudnya kasut ni licin, kurang grip dan tak sesuai dengan keadaan Gunung Kinabalu yang berbatu di kawasan puncak. Jadi pilih la kasut dari brand lain contohnya Karrimor dan Asics.

Selain tu, barang mahal lain yang aku beli ialah long john/ thermal wear dari Universal Traveller. Kebiaasaannya harganya RM200 + tapi aku beli preloved dari Carousell, so dapatlah RM80. Untuk thermal wear ni lah paling paling kena invest sebab cuaca kat atas sangat sejuk. Untuk barang-barang lain pulak, boleh beli kat bundle dengan harga yang murah. 

Checklist Barang Pendakian Gunung Kinabalu

Beg sendiri
Pakaian Pendakian Hari 1
Pakaian dalam
Inner baju
Jersey / Baju
Seluar hiking
Stokin
Knee Guard
Tudung + inner
Kasut Hiking


Beg Hiking Personal

Phone
Powerbank
Windbreaker
Baju hujan
Glove waterproof
Ubat-ubatan
Headlamp & bateri
Air mineral 
Lunch Pack
Snack

Beg untuk porter
Pakaian Pendakian Hari 2

Long John / Thermal wear
Pakaian dalam
Jersey / Baju
Seluar hiking
Tudung + inner
Snow cap
Buff / mafla
Down jacket
Stokin biasa 
Glove extra

Others
Beg untuk summit
Tuala mini
Baju hujan
Charger 
Toiletries
Lip balm
Personal care
Snack untuk turun
Cool fever
Body warmer
Plastik
Wool stocking


Step 5

Sampai je di Kota Kinabalu, aku serahkan kepada organizer untuk uruskan makan tidur kami. Malam tu aku cuba untuk tidur dengan cukup bagi pendakian 2 hari nanti.

Pendakian Hari Pertama

Di Timpohon Gate, sebelum pendakian, kami serahkan beg pada guider merangkap porter yang akan angkut barang-barang kami ke atas. Tak berdaya den nak bawa sendiri. Jadi kami bertiga memang dah kumpulkan barang  dalam beg 60 liter. Lepas dah timbang semua total 17KG. Untuk harga semasa ialah RM13 sekilo, tapi rate ni akan dinaikkan pada tahun 2023 iaitu RM14 sekilo. Jadi kos yang kami perlu bayar ialah berjumlah RM221 kongsi bertiga. 

Kami juga sewa pole/tongkat RM10. Pole ni sangat membantu untuk menampung berat badan / bebanan. Ini lah satu-satunya pendakian yang aku guna tongkat. 

Di Timpohon Gate

Kami mula pendakian agak awal iaitu 8.15 pagi. Kebiasaannya pendaki akan mula pada jam 9.00 pagi, tapi disebabkan urusan di Sabah Park kami dah selesaikan hari sebelumnya, jadi kami pun dapat bergerak awal. Pendakian yang normal ialah 6-8 jam ke Panalaban (base camp). Team kami dapat sampai pada timing 6 jam 15 minit iaitu pada pukul 2.30 petang. Sampai awal, boleh rehat awal. Kami menginap di Laban Rata.

Sepanjang pendakian ke Panalaban, memang sangat selesa. Track yang bertangga, bersih dan cantik. Ada 7 pondok yang tersedia dengan tong sampah dan toilet. Bayangkan sepanjang aku hiking selama ni, mesti takut nak makan dan minum sebab taknak perut problem, tapi kat sini takde masalah sebab ada je toilet yang menanti. Cuma kebersihan toilet ikut luck, ada toilet yang ok dan ada juga toilet yang tak boleh blah. Lagipun aku bab toilet memang cerewet sikit, so mana yang tak kena selera tu, aku tahan je. 

Trek bertangga

Kat setiap pondok juga ada sumber air yang tidak dirawat. Guider pun dah pesan jangan minum. Walaupun sebenarnya ramai je minum dan ok je, tapi kami taknak ambil risiko.

Personally, 6 KM ke Panalaban tidaklah terlalu mencabar kalau nak dibandingkan dengan gunung-gunung yang lagi gila di semenanjung. Lagipun badan pun tengah fresh lagi, jadi layan je lah 90% tangga nak ke atas. Dah sampai boleh tidur atas katil pulak tu, siap ada chef lagi tolong masak. Kalau gunung lain mana nak dapat. Haha. Ni aku panggil gunung T20.

Cuma cabaran paling besar di Kinabalu ialah sejuk. Ya, sangat sejuk untuk melayu asli macam aku ni. Kebanyakannya memang tak akan mandi dan tukar baju je termasuklah aku. Bayangkan nak cuci tangan pun sejuk yakmat umpama mencurah ais ke tapak tangan gituh.

Tiba di Panalaban

So bila dah sampai, kami pun rilek kejap tunggu guider merangkap porter kami sampai untuk kami bersihkan diri dan dinner di cafe yang dibuka pada 4.30-7.00 petang. 

Petang tu kami terus tukar dan pakai baju yang akan dipakai untuk naik ke puncak. Lepas tu kami pun rehat untuk pendakian esoknya.

Penginapan di Laban Rata Resthouse bagi aku memang selesa, ada katil single sorang satu, ada power socket untuk charge telefon tepi katil, bilik air bersih. Tapi disebabkan sejuk, aku cuma dapat tidur dalam 2-3 jam. Lagipun mana la pernah pukul 8 malam dah nak tidur kan. Antara sebab lain ialah bunyi orang berdekur dan tangan aku sejuk sebab guna krim panas yang berangin (berangin jadi sejuk beku). Lepas dah basuh tangan, pakai noise canceling ear plug baru lah aku boleh tidur. 



Pendakian Hari Kedua

Untuk hari kedua, kami semua kena bangun pukul 1 pagi untuk persiapan mendaki ke puncak. Lebih kurang pukul 1.45 pagi kami late supper dulu dan mula mendaki ke puncak pada jam 2.30 pagi. 

Sebelum pendakian, kami dah dimaklumkan kalau hujan, kami terpaksa berpatah balik. Sebab nampak cuaca macam tak okay dan peluang untuk hujan.

Masa ni cabaran mula terasa, dalam kegelapan naik tangga demi tangga yang umpama tiada kesudahan. Haha, masa ni dah fikir boleh ke aku nak sampai atas ni. 

Semua pendaki kena tunjukkan tag nama di checkpoint Pondok Sayat-Sayat selewat-lewatnya 5.00 pagi. Kalau tak, terpaksa berpatah balik ke Panabalan. Lepas je checkpoint ni sijil berwarna dah ada dalam genggaman. Kat sini aku rehat 5 minit, masing-masing pun dah terpisah, aku jalan je la sorang-sorang.

Semakin hampir ke puncak, semakin sejuk jadinya. Trek yang tadi bertangga, dah bertukar trek berbatu. Angin kuat tolak sampai nak melayang aku kat atas tu. Langkah pun buka perlahan sangat, energy pun dah K.O. Sekali sekala aku duduk kat batu-batu yang ada ditemani angin kuat yang tersangat sejuk. 

Aku tengok langit, nampak bintang-bintang. Cantik. Dalam hati berharap sangat tak hujan.

Glove pun dah basah hasil pegang rope di tempat  yang kena memanjat. Nak ambil snack dalam beg tak berdaya, aku ambil air milo botol kat tepi beg. Kebas. Lepas 4 kali percubaan nak buka air tapi tak boleh, aku frust, dan teruskan perjalanan. Syahdu betul masa ni.

Aku pandang belakang, cuma nampak cahaya head lamp dan kabus. Masa tu berharap sangat tak hujan. Lebih kurang 5.50 pagi aku sampai di kawasan puncak Low's Peak. (Low's Peak ni diambil daripada nama orang) Slow-slow aku panjat ke puncak tertinggi untuk ambil gambar. Kat sini memang berebut dan kena beratur untuk ambil gambar. Timing aku sampai tu memang cantik, sebab kalau awal sangat gambar jadi gelap, jadi gambar kami nice-nice je sebab cuaca hampir cerah. (Umpama 6.50 pagi semenanjung).

Low's Peak

Tapi cuaca tak begitu baik, kami tak dapat nak tengok sunrise dan awan yang gebu-gebu kat atas sebab ribut, kabus tebal dan cuaca yang sangat sejuk. So kami cuma sempat berehat lebih kurang 5 minit dan terus mula turun. Lagipun memang aku tak tahan sejuk, guider pun risau kami kena serangan AMS (Altitude Mountain Sickness).

Boleh la view sikit-sikit buat ghaso ghaso

Walaupun berkabus, perjalanan turun ke Panalaban tetap cantik. Kembali hadap tangga-tangga yang dah lalu tadi. Masa ni muka pun dah ceria sikit tak macam nak naik tadi. Langkah pun laju tak macam masa naik. 

kawan-kawan baru

Sampai je di Panalaban, kami singgah di tempat poskad. Bukan senang nak hantar poskad paling tinggi kat Malaysia ni. Aku pun hantar la poskad untuk diri sendiri, from me to me lah kononnya. Lebih kurang 2 minggu lebih poskad tu akan sampai ke rumah katanye.

Peti Pos Tertinggi di Malaysia

Kemudian, kami mula pack barang dan lepak sekejap di cafe. Lebih kurang 10.45 pagi kami mula turun ke Timpohon Gate. Masa ni cabaran untuk turun pulak. Badan dah penat, lutut dah start ngetor. Haha. Salah sorang dari team pula tongkatnya rosak. Jadi 3 KM terakhir aku pun bagi lah pinjam tongkat aku biar sama-sama dapat sakit yang sama. 

Sampai je Timpohon Gate pada 3 petang, rasa lega sangat. Perut pun dah lapar, kami makan megi dulu. Kebetulan kedai di situ pun dah nak tutup. 

Alhamdulillah, tak sangka selesai juga misi yang diidam-idamkan. 

Tahniah untuk kita bertiga!

Seminggu juga kaki nak recover. Hshshsk.

Adios!    


You may leave your comment :)

No comments:

Post a Comment