15 August 2013

Review - Laptop Lenovo 2400 Touch (Window 8)

Assalamualaikum. Baru-baru ni aku beli laptop baru, sebab nak kena guna. Memandangkan laptop lama (Dell) aku memang berat gila, tak mampu aku nak bawak ke hulu hilir. Lagi-lagi lepas ni nak kena bawak pula pergi bengkel. Kira ni hadiah birthday aku lah jugak sebab birthday aku 5 hari lagi. *hikhokk.



Perasaan pakai laptop baru?
Best woo, agak jakun la sebab sebelum ni pakai window 7, lepastu sekarang pakai window 8 pulak. Siap ada touchscreen lagi.

Apa beza window 7 dengan window 8?
Memang berbeza, tapi takde lah susah mana pun seperti yang diuar-uarkan. Sama je, ada je desktop macam biasa, cuma button start dia bertukar ke window8. Tapi best sebab ada store. Ajet-ajet macam install app kat android. Haa, macam tu lah rasa, tapi app tak banyak la macam android punya.

Korang boleh ubah warna, design dan adjustkan apps hanya menggunakan jari korang, touch sahaja si screen. Acececeh.


Perbezaan Lenovo dengan laptop lain.
Kalau nak kata beza-beza dengan laptop ni aku agak fail lah, sebab aku mana ada banyak laptop, tapi yang biasa aku guna Dell dengan Acer. Beza Lenovo dengan Acer, Acer serius cantik lagi. Tapi kalau selesa, aku pilih Lenovo la. Perbezaan ketara Lenovo dengan Acer yang memang super ohsem lainnya, aku perasan kat keyboard dia. Keyboard Acer memang tak feel aku nak taip. Lenguh tangan, getah punya. Tapi kalau Lenovo dengan Dell macam ni haa. 'thumbs up'.

Bila aku sembang dengan cina tu, dia paling banyak suggest Asus. Tapi duit aku tak cukup cekang nak beli. Rabun terus aku tengok harga semua RM3000 ++ . Tapi body laptop dia memang cun habis. Tak tipu. Tapi bila aku kata bajet aku kalau boleh nak yang paling murah, dia suggest Lenovo. Muka dia memang serius gila ah kata Lenovo ni bagus, tapi dia kata takde warna pink, so aku pun buat muka frust depan dia. Muahaha.


Habis tu, Lenovo ni berapa pulak harga?
RM 1,480. Wohoo, berbaloi kan. Cina tu kata, "you guna ni, sekarang you belajar kan? nanti sampai kerja pun you boleh guna lagi" Aku tak tau cina tu gebang ke apa, tapi aku mamang suka style dia kerja. Rajin orangnya. Cina botak, handsome. macam cerita cina lama-lama tu.Wehehehe.

Memory : 4 GB
Hard Disk driver : (500G)
Display : (14"HD LED)

p/s : Sorry kalau ada silap. ^^ Ni pendapat aku je. So, korang guna laptop apa?

You may leave your comment :)