27 August 2016

DIY : Cuci / Cetak Gambar Sendiri

Assalamualaikum. So today nak share sikit macam mana nak cuci / cetak gambar sendiri untuk letak dalam album gambar. Mungkin ramai dah tau, tapi mungkin ada yang tau, tapi hasil gambar tak lawa tak sebab tak ikut prosedur yang betul. *ceh, macam aku buat lawa je*


Ni hasil DIY photo album yang aku buat, khas untuk album zaman belajar kat KVSP2 dari tahun 2013 hingga 2017. Daripada mula hari pendaftaran, belajar 4 tahun, buat latihan sangkutan, in shaa allah praktikal bulan Disember untuk 4 bulan, lepas tu page last sekali gambar graduation. Ala-ala journey aku selama 5 tahun ni nak dapatkan diploma. Peh, tinggi betul cita-cita. Sekarang baru siap separuh.


Selalu orang kalau print gambar, kualiti tak cun sebab:
1. Salah pilih kertas (guna kertas A4 biasa)
2. Print melalui Microsoft Word. Dah la tak lawa, menyusahkan pulak nak susun satu-satu.
3. Dah print melalui cara yang betul tapi tak setting jenis gambar.
Okay, so macam mana nak buat? Check it out.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah: 
  • Komputer/laptop
  • Printer (berwarna)
  • A4 glossy photo paper 
  • Paper cutter *kalau tak ada, guna gunting
  • Album gambar *optional



A4 glossy paper ni korang boleh cari kat kedai buku. Harga dalam lingkungan RM10-RM20 untuk 20 keping. Yang aku beli ni, RM9.90 je, tapi aku pernah beli harga RM16. Ikut jenama dan tempat jugak kot. Selalu kalau nak beli sekeping pun ada, RM1 sekeping.

Lagi satu, untuk effect gambar korang yang lawa, jangan lupa edit sikit. Tapi kalau dah lawa, ikut suka la nak print terus ke apa. Aku edit guna photoscape je, sebab paling mudah nak adjust brightness dan sebagainya.

Cara-cara
1. Pilih gambar yang nak dicuci dan letak di dalam 1 folder.
2. Select all (nak mudah tekan je dekat keyboard Ctrl + A serentak) dan right click.
3. Pilih option "print"

Select All - right click - Print

4. Tengok dekat pop up window bawah ni. Jangan lupa setting : type paper tu tukar kepada "photo glossy paper" dan pilih saiz yang korang nak. Kalau aku, aku buat 9 gambar sekali satu page, jimat. Lagi satu masa nak print tu, make sure set jenama printer tu sama dengan printer korang yang guna. Kang jenuh hempuk printer tu gambar tak keluar-keluar.


5. Klik Print. Tunggu gambar selesai diprint.
6. Gunting gambar. Nak mudah guna paper cutter, tapi kalau tak ada, guna je gunting. 
7. Susun dalam album dan siap!!

Gambar-gambar ni semua nak gantung dalam bilik boleh, letak dalam frame pun boleh. Tapi nak diingatkan, gambar ni tak tahan lama kalau terdedah sangat dengan udara.(boleh tahan mungkin paling lama setahun) So pilihan yang terbaik ialah letak dalam album ataupun frame okeh?

Adios.


You may leave your comment :)

76 comments:

  1. bestnyaaaa..prnah try print guna glossy paper tp xtau mcm mna nak susun hahahha

    ReplyDelete
  2. It's been a while since the last time I did this.
    Suka sangat print gambar hahaha

    ReplyDelete
  3. HI,CANTIK BLOG NI..SAYA TERUS FOLLOW SINI :)

    ReplyDelete
  4. Salam. Nak tanya, semua jenis printer boleh print gambar ke? Atau kena guna printer yang khas untuk print gambar menggunakan a4 glossy paper tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. Semua printer boleh, asalkan ada ink colour je.

      Delete
    2. Kalau buat gambar passport boleh ke guna kertas gambar?

      Delete
    3. Mcm mna nk print utk gambar passport

      Delete
  5. Replies
    1. Ikut cara penjagaan, kalau selalu kena angin habuk tu setahun pun dah pudar sikit-sikit. Tapi kalau simpan elok-elok dalam frame/album bertahun-tahun pun elok lagi.

      Delete
  6. AnonymousMay 12, 2017

    salam nak tanya. dekat printer takyah setting apa² ka? terus print centu ja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, dekat printer tak payah setting apa-apa. Just setting kat komputer/laptop tu je.

      Delete
  7. boleh saya tau, cik guna printer model apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna Canon. Model tak ingat pulak. :)

      Delete
    2. Salam cik.. Nak tya lau nk print gmbar saiz4R guna paper A4 glossy brp keping gmbar boleh muat..

      Delete
  8. rajinnyer print gambar sendiri., ;p

    ReplyDelete
  9. Satu jak awk lupa mention, nak setting High, Standard, fast?

    ReplyDelete
  10. hai saya nak Tanya kalau sekarang ni kan ada byk jenis paper utk photo print tu kan.. pastu ada satu paper ni dia dah kecilkan saiz so mcm mna nak print ek? sebab dia bukan saiz A4 takut sangkut dalam printer..

    ReplyDelete
  11. Hai saya nak tanya sikit... lepas print tu kena tunggu kering dulu ke? Sbb lps print saya tunggu kejap, bila pegang warna dia tertanggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya tunggu dalam 5 saat macam tu je terus dah boleh pegang.

      Delete
    2. Kalau dah sehari print pun ink pd gambar masih tanggal mcm mana nak buat ek

      Delete
  12. assalamualaikuk nak tanya kalau nak print bole pilih saiz gambar tak ?

    ReplyDelete
  13. nak tanya mcm mana kalau nk print jadi full gambar..dah pilih saiz pun masih lahi tak dpt full gambar

    ReplyDelete
  14. Ink hitam dah habis , ada ink colour je . Still boleh print ke ? 😂

    ReplyDelete
  15. Hi nak tanya, tahu tak kenapa print pakai glossy paper ni takleh sentuh gambar tu , klo sentuh jdi comot. kenapa ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu tunggu 2-3 minit baru sentuh gambar tu. Bagi betul-btul kering.

      Delete
    2. Knape dkwat hitam x kering..klau yg wrna kering klau guna krtas glossy ke ad jnis jgak krtas glossy ni..sy pkai dkwat original

      Delete
  16. Nk tnya,sis guna dakwat biasa atau ada dakwat khas untuk print gmbr?

    ReplyDelete
  17. Asslamualaikum. Tebal kertas (as shown-180gsm) tu sama ke dengan tebal polaroid yg orang kat luar sana selalu jual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, kena tanya orang yang menjual tu berapa gsm. Selalu lain-lain ketebalannya.

      Delete
  18. Kalau buat gambar passport boleh ke guna kertas gambar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, saya selalu buat stok banyak-banyak.

      Delete
  19. Terima kasih utk diy ni. Saya akn cuba. Saya da buat gambar passport sendiri.

    Nak print kat kedai. Ckp nk print 4R. Org kedai kata,ok boleh print. Sekali bila dia buka dekat computer, nampak gambar passport, terus kata tak boleh print.

    Bg alasan kata, software lain la, size lari la bla bla bla. Sampai saya ckp, xpe uncle,print je. Saya x kisah kalau gambar lari. Print je. Tetap dia kata x boleh hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye la, haha bagi diorang rugi la print 4R. Sebab kalau gambar passport dia mahal sikit.

      Delete
    2. Ehhhh samalah kitaaaa, kedai ckp camtu. Gerammm je. Skrg tgh nk try print sndiri.

      Awk guna printer apa ye? Terus beli 4r glossy paper atau A4 glossy paper?

      Delete
  20. Hai nak tanya kenapa saya print pada art card pakai printer saya, ink dia macam pecah2.. dia jadi comot ? Ke glossy x boleh ? Yg sis kata semua printer bkh pkai kertas tu, tu kertas jenis art card apa ye.. yg matte ke glossy ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Selalu saya guna yang glossy ok, yang matte pun okay je. Mungkin awak boleh setting masa nak print tu, pilih setting gsm/ketebalan kertas ikut gsm kertas yang kita guna.

      Delete
    2. Art card atau art paper tak boleh guna ink biasa. Kena guna printer laser jet atau art pigment ink.

      Kalau ink biasa boleh guna glossy photo paper.

      Delete
  21. Pigment ink sesuai x print di atas glossy paper?

    ReplyDelete
  22. Hai nk tnya.. Klau kt lptop to xkua utk glosy paper cmna nk setting ye..

    ReplyDelete
  23. Hai nk tny.. Klau di laptop xkua utk photo glosy paper cmne nk setting ye. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat paper type tu pilih coated paper : Gloss Print

      Delete
  24. Sis nabiha zaidi boleh tanya ? Kenapa saya setting dkt labtop then dia tk boleh print untuk a4. Dia just suruh print dlm size yg kecil. Kenapa ehh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh check di setting, option pilih Paper Size, klik A4. Kalau pilih saiz selain itu, kecil la jadinya.

      Delete
  25. Nk tnya knape ink hitam x kering di glossy paper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai last tak kering ke? (Even dah beberapa jam?)

      Delete
  26. Macam mana nak setting gambar ukuran passport untuk print dekat glossy paper tu?? Mksdnya dia ada ukuran tak untuk gambar pssport yang nak print dekat size A4 glossy paper tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada. Tapi boleh try convert secara online dulu. Search je passport converter. atau boleh cuba https://www.persofoto.com/upload/passport-photo

      Delete
  27. Assalamualaikum,macam mana nak print gambar passport yg 8 keping tu dlm satu kertas 4R?terima kasih sudi jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam boleh cuba https://www.persofoto.com/upload/passport-photo. Tapi tak boleh dalam 4R. Kena print atas A4 terus. Saya selalu masuk dalam Microsoft Word dan print.

      Delete
    2. X boleh dalam 4r? Maksudnya x boleh guna kertas 4r la ye, kena kertas A4?

      Ke maksudnya kat computer tu xleh buat paper size 4r?

      Delete
  28. Assalamualaikum,macam mana nak print gambar passport yg 8 keping tu dlm satu kertas 4R?terima kasih sudi jawab

    ReplyDelete
  29. Klau saya nak buat business cuci gambar elok beli printer yg Mana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better beli yang speck lebih elok, (selalunya lebih mahal) boleh refer di kedai mana yang terbaik.

      Delete
  30. ink hitam x kering. dah 3 jam tinggalkan . still comot bila disentuh.. knp ??

    ReplyDelete
  31. AnonymousJune 08, 2019

    Ink hitam tak kering cammna ni?

    ReplyDelete
  32. AnonymousJuly 11, 2019

    Kenapa bila dah print gambar jadi lari?

    ReplyDelete
  33. Nak tanya. kertas glossy paper tu size A4. utk gmbar pasport, brp keping boleh dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut cara susunan. Rasanya max boleh dapat lebih kurang 30.

      Delete
  34. Hi,nak tanya kalau nak buat polaroid ni perlu guna wifi ke atau tak payah

    ReplyDelete
  35. Hi,nak tanya kalau nak buat polaroid ni perlu guna wifi atau takpayah?

    ReplyDelete
  36. kenapa bila dah print tp ink tu cm x kering la..sy guna glossy paper

    ReplyDelete
  37. Jenis ink ape pakai UTK glossy paper... Ke boleh pakai pape jenis je.

    ReplyDelete
  38. Alhamdulillah membantu jugk mau cari kertas tu

    ReplyDelete
  39. tq sangat2 sbb ajar saya x tahu nak susun dah jadi pandai hahaha

    ReplyDelete
  40. Hi sis..boleh saya tanya..saya dh setting saiz gmbr passport di power point & save in jpeg..masa nak print, saya pun dh tukar size paper ikut size glossy paper yg saya ada.. tp kenapa print keluar gambar kecik sgt?.. saya ukur pakai pembaris.. dh sama dgn ukuran yg saya setting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin cara ukuran tak sama (pembaris guna cm, powerpoint guna px)

      boleh cuba passport picture generator:
      https://www.persofoto.com/upload/passport-photo

      Delete
  41. Hi,bila print gambar nie memang permukaan gambar tu macam kertas ka? Dia xlicin macam polaroid.

    ReplyDelete
  42. Boleh buat tutorial x utk menggunakan kertas gambar yg biasa bersaiz 10x15..??

    ReplyDelete
  43. AkaK nk tanya. Printer AKK pakai Deskjet ke inkjet. Sebab saya punya Deskjet. Tkmelekat warna dia dekat kertas. Bila pegang tertnggal kak😭😭

    ReplyDelete