01 November 2013

Program Outreach di Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Assalamualaikum ^^
Baru-baru ni, bertempat di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah diadakan program outreach bagi zon Kedah/Perlis. Lebih kurang 20 buah sekolah telah hadir. Pelajar lepasan PMR telah datang untuk melawat bengkel-bengkel bagi kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ni.



Antara kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ialah :

Kluster Perniagaan :
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kesetiausahaan Pentadbiran 
  • Perakaunan
Kluster Hospitaliti :
  • Seni Kulinari
  • Baking & Pastry
  • Fesyen
  • Kosmetologi
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran
Aku sendiri pun melibatkan diri dalam program ni. Tapi aku duduk kat bengkel je la. Tapi perghh penat gila. Bayangkan nak melayan student-student yang datang kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran. Memang banyak karenah. Ada yang malu-malu nak cuba mesin-mesin yang ada kat situ (perempuan), ada jugak yang hyper active, tanya banyak soalan (lelaki). Tapi kami layan jugak dengan elok. Eh, elok ke? Hahahha.

Kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran, kami ada buat slide show dalam Bilik Mesyuarat. Dan kat bengkel, kami ada buat penerangan perkara yang kami belajar, dan student-student boleh menggunakan mesin-mesin yang disediakan. Yang paling menarik perhatian is, mesin ricih. Sampaikan ada satu student ni seronok sangat mericih sampai tinggal sikit je kertas-kertas tu.
Mama (Aisya) sedang memberikan penerangan

Mesyuarat tergempar di bilik meeting
Pameran dari kolej-kolej lain
Kolej lain juga turut hadir untuk membuat pameran. Antaranya, Kolej Vokasional Arau, Kolej Vokasional Langkawi , Kolej Vokasional Kulim dan SMT Alor Star . Depa kata makanan kat Dewan Makan kami sedap ohh.  Apa-apa pun thankyou pada Mama, Wardah, Dhia, Aida, Teah, Ayu and Najwa sebab depa la dok tolong melayan.



Asrama Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah mendapat naib johan Asrama Gemilang 2013 daripada 88buah kolej vokasional / Teknik dalam Karnival Vokasional / Teknik. 

p/s : Masih ramai yang pandang sebelah mata Kolej Vokasional. Anda macam mana? Masih dengan pandangan kolot atau sudah memohon? *aceceh, macam iklan la pulak*

You may leave your comment :)

13 comments:

  1. SEKALI TERINGAT DULU.. MASA LEPAS PMR, NAK MINTAK MASUK VOKA, TAPI TAK DAPAT..

    LEPAS BEBERAPA TAHUN LEPAS TU, SEKOLAH VOKA TIADA LAGI.. BARU-BARU NI DIPERKENALKAN SEMULA.. BETUL TAK?

    ReplyDelete
  2. @fairus Oh yeke? Baru tau. Yang saya tau, sebelum ni cuma ada sekolah menengah teknik / sekolah menengah vokasional.

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang ni kemahiran lg berhatga dari teori..
    student yg berderet A pun berebut nk masuk vokasional

    ReplyDelete
  4. @Putri Betulll, kebanyakannya budak2 yang dapat 4A.

    ReplyDelete
  5. best ade aktiviti macam ni..macam macam ilmu boleh dapat.

    ReplyDelete
  6. takleh nak mohon..dah lepas..hihi

    ReplyDelete
  7. @nuyui a.k.a miss YUI Kena muda balik la kalau nak mohon. Hihi.

    ReplyDelete
  8. dewan tu sama macam sek akak punya dewan lah ^_^ dulu sek teknik arau sekrang dah jadi kolej vokasional arau ^_^

    ReplyDelete
  9. @Lieya Von Jay Ohh, ni KV Arau pun mai jugakk. ^^

    ReplyDelete
  10. wahh akak pun voka jugak dlu :D mmg mostly byk kmhiran dari teori :D

    ReplyDelete
  11. untung belajar kemahiran camni..kita leh praktikkan n buat!

    ReplyDelete
  12. serius rindu dekat sekolah ni..dulu sekolah Teknik Sungai Petani 2 sekarang dah jadi kolej vokasional

    ReplyDelete
  13. Akak, yg ambik fesyen & membuat pakaian, bole sambung ijazah ke ?

    ReplyDelete

Maaf kalau tak dapat nak balas komen.