12 December 2012

Siapakah Mat Luthfi?

Assalamualaikum. Okay, hari ni nak cerita pasal MatLuthfi. Ramai yang dah kenal, tapi rupa-rupanya ada yang tak kenal. Siapa MatLuthfi ni. Aku pun tak tau semua la pasal dia, sebab aku bukan mak dia. Mat Luthfi ni ialah seorang Vlogger. Tahu vlogger? Bukan blogger. Tapi vlogger, vlogger tu apa? Tettt, lambat. Vlogger tu ialah bercerita melalui video. Yang ada kat youtube tu. ^^. Dia ni belajar kat Perth, Autralia.

Ada yang kata dia ni ramai peminat sebab muka ala mat-mat korea. Bagi aku, tu semua tak penting. Yang penting, apa yang dia cakap, memang penuh dengan pengisian. Boleh jadi pengarah terbaik lah dia ni. Berfikiran jauh gitu.
Bila kata ada pengisian, pengisian apa? Heh, dia ni, bercerita dalam keadaan yang kadang-kadang aku rasa 'memerli', tapi keadaan memerli yang sopan dan berhemah.
Dia ni memang lawak lah, setiap video dia mesti ada selit unsur lawak. So, tak boring la macam sesetengah vlogger yang bercerita macam dengar cikgu mengajar kat depan. Setiap video dia akan berlakon.

Muka dah macam mat Cina, tapi. Opss, mat Kedah dia ni.  Tak lupa asal usul walaupun dah belajar jauh-jauh. Takde lah nak sebut durian pun durieenn. Tapi beliau fasih cakap omputeh.

Macam-macam dia ni boleh jadi. Jadi perempuan, lelaki, mak, ayah, boyfriend, girlfriend, orang tua tak sedar diri, semua dia boleh bawak.
Gambar atas ni dia cakap KL, tak sedap, seronok lagi dengar dia cakap Kedah. Nampak tak hipokrip. Tapi memang lawak. Kadang-kadang tensyen, bila tengok video dia pun boleh jadi penawar. Kalau nak kata dia ni famous sebab handsome, rasanya memang tak kot. Sebab aku minat dia sejak zaman dia kurus kering lagi. Untuk pengetahuan korang, MatLuthfi dapat award masa shoutawards hari tu. Tapi dia tak datang ambek. Sedih gila. Aku rasa, MatLuthfi ni bukan yang suka tayang muka kat tempat public.

P/s:Jom la pakat-pakat tengok video dia, aku suggestkan Drama-drama Sebelum Kahwin, Kecelaruan Maklumat, New Album, dan Typical Local Film. Boleh subscribe Matluthfi90 terus .

You may leave your comment :)

26 comments:

  1. suka tgk video dia.Tu dio Mat Luthfi.Terbaik..^_^

    ReplyDelete
  2. oh .. tak pernah kenal pun.. hmm nak tengok la video2 dia ni :D hihi

    ReplyDelete
  3. erkk ==' ada ke yang tak kenal mat luthfi..? btw, dia sangat ohsem :D

    ReplyDelete
  4. @Cik Nas :) Eh, ada je, ni nak promote bagi kenal.

    ReplyDelete
  5. betul2. lagi suka dengar dia cakap kedah. baru made in kedah! haha

    ReplyDelete
  6. Dia dah kawin ke? Kalau belum nak buat future menantu...hehehehe...

    ReplyDelete
  7. @Jay Ar Belum lagi, baru nak habis belajar. Boleh dah la tu .

    ReplyDelete
  8. kenal matlutfi ni tapi tak pernah tgk video dia. haha sob sob..

    *dear, nak tanye lah tau tak camne nak buang entry yg berulang ? macam blog sis, sbb kat layout mmg ada 2 box blogpost. huhu

    ReplyDelete
  9. Like Math Luthfi more than Anwar Hadi <3

    ReplyDelete
  10. arha..suka tgj video2 dia..hehe

    ReplyDelete
  11. huhuhu..kina suka cara pembawakan dia..huhu..cool dan bersahaja...semua yang dia cakap semua positif kan?

    pollow sini:)

    ReplyDelete
  12. MatLuthfi!!! huhuhu..teringt time mid sem ari tu, bile tension jee stdy, bkk youtube, tgk video dia.. mmg release sume tension.. matluthfi terbaekk :)

    ReplyDelete
  13. Dia ada facebook tapi tanak bagitahu , huhu . Rumah lama dia pun dekat jee dengan wa. Anwar hadi pula,tak pernah lagi jumpa , kalau adik dia kenal lah ._.

    ReplyDelete
  14. ha, mmg betul tu. lawak gila. sampai adik huda pun dok suka tengok video mat lutfi ni. haha... budak kecik pun dah mula minat lawak mat lutfi. =D

    ReplyDelete
  15. Akak pun tgk ShoutWard tue...Mat Lufti menang tapi bukan dia ambik piala tue orang lain...

    ReplyDelete
  16. Aku ada jumpa mat luthfi masa bercuti baru2 ni.. kitorang mandi sama2 dan melancong sama2..hihi
    Jom tengok : http://memoriberlalu.blogspot.com/2014/01/bercuti-di-royal-belumgerik-dan.html

    ReplyDelete
  17. matluthfi terbaikk... oh n adik dia pun dah menceburi bidang vlogger nie xlama lepas abg dia start... adik dia xkurang hebatnyaa... pro adik dia ialah bahasa arab.. usha lah youtube adik dia... lah fahmi channel.. :D

    ReplyDelete
  18. Baru tahu sbb aku skolah same cam dia sbpikp

    ReplyDelete
  19. Aku baru kenal sbb dengar nama mat luthfi ni kat skolah aku.(sbpikp)

    ReplyDelete

Maaf kalau tak dapat nak balas komen.