18 December 2012

Review : Pontianak vs Orang Minyak




Assalamualaikum, hari ni aku nak review filem terbaru, yang baru keluar 22 November 2012, kira tak sampai sebulan la. Peneraju utama filem ni ialah Johan sebagai Ketiak (Orang Minyak) dan Nabil sebagai Sirun (Pontianak). Filem ini diarah oleh Afdlin Shauki yang juga berlakon sebagai ketua Kampung Puaka.

Nabil sebagai Pontianak Lelaki Pertama

Ketiak (Johan) melakonkan watak lelaki lembut yang sering tewas dalam dunia percintaan dan ditawar untuk menjadi orang minyak oleh Lembaga Hitam (Harun Salim Bachik), manakala Sirun (Nabil) seorang lelaki yang ingin mengejar cita-citanya dalam dunia muzik, tapi akhirnya dia tertikam diri sendiri dan menjadi pontianak lelaki pertama, namun dia tidak disukai oleh Ratu Pontianak (Syarifah Syahira). 

Pontianak dan Orang Minyak

Filem ini juga turun dibintangi oleh Adibah Nor, Syarifah Amani, Khir Rahman, Lana Nordin, Fizz Fairuz, Tepet Raja Lawak dan pelakon baru, Isma Hanum dan Nur Atirah Rahani. Dan juga penampilan khas oleh Fara Fauzana, Noh Hujan dan Vanidah Imran.

Bacaan pendiding daripada bomoh


Komen
Bagi aku, filem Pontianak vs Orang Minyak ni, antara filem yang terbaik 2012. Lakonan yang bersahaja, dan memang lawak. Sesuai dengan genre filem ini, iaitu komedi seram. Aku rasa Nabil lebih menyerlah daripada Johan dalam filem ni, rasa nak tengok part Nabil je. Aku siap nyanyi-nyanyi lagi ayat 'pendiding' Kampung Puaka. Paling tak tahan masa Nabil cakap 'Astaghfiruhalazim, semua pontianak terbakar. Dan paling tak sangka bila ada Noh Hujan dalam filem ni.Vanidah Imran pun baca pendiding dengan muka serius.

penampilan khas daripada Noh Hujan

Siapa yang tak tengok lagi, sila la tengok, filem ni memang best. 

You may leave your comment :)

9 comments:

  1. name nye ketiak ? hahaha name je dah lawak dah..

    ReplyDelete
  2. @cik nana Haha, memang pun, dah la semua panggil nama dia muka serius je.

    ReplyDelete
  3. @Mish Apple


    hahaha..nama je da lawak..adoii


    herdiaryoflife.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. http://vecasts.blogspot.com/2012/11/watch-pontianak-vs-orang-minyak-full.html < PONTIANAK VS ORANG MINYAK FULL MOVIE

    ReplyDelete
  5. Kita dah tengok dah cerita ni ..

    ReplyDelete
  6. RASANYA SUDAH 5 TAHUN SAYA TAK MENONTON WAYANG..

    ReplyDelete
  7. Nak sangat tengok pontianak utk disunting sbg isteri nombor dua, hehehehe...

    ReplyDelete
  8. tak tengok lagi...nnt la layan...hee~

    ReplyDelete