24 March 2012

Lawak Komik - Guru & Sekolah

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan..
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan ?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.



 
  
 

 

 

 
 
 
 

 

HAHA, Korang macam ni jugak ke kat sekolah ?

Gambar
You may leave your comment :)

14 comments:

  1. aduyaii .. tersengeh sorg2 .. kehkehekh ..

    ReplyDelete
  2. Anak murid: Cikgu nampak angin tak?
    Cikgu: Tak nampak
    Anak murid: Angin memang tak ada ye cikgu?
    Cikgu: Angin ada tapi tak nampak
    Anak murid: Tuhan pun ada tapi tak nampak

    ReplyDelete
  3. cikgu ain`t always a holy profession ey? nice entry! :)

    ReplyDelete
  4. Heee saya rasa tak lawak pon muehehehe

    ReplyDelete
  5. ai!bebudak tadika ni bendul bebenor..kita dulu tadika pon x camtu..hehe^_^

    ReplyDelete
  6. Lawak la hihihi....:-) bertukar lagi ya mish apple...

    ReplyDelete
  7. hahaha..lawak je..murid pun kenekan cikgu..ish ish

    ReplyDelete
  8. kan...tekena cikgu tu....
    p/s : atok memang suka katon2 tu...hehe

    ReplyDelete
  9. hie, lawak sangat komik-komik di laman anda. Boleh saya mintak kebenaran share di facebook page saya?

    ReplyDelete
  10. lawak betul komik-komik di laman anda. Boleh saya share di facebook page saya? minta kebenaran

    ReplyDelete
  11. Thanks for your great picture, Alhamdulillah bisa membantu saya dalam buat PowerPoint.

    ReplyDelete
  12. AnonymousJune 18, 2017

    I am truly thankful to the owner off tgis site who has shared this impressive article at
    at thos place.

    ReplyDelete