01 January 2013

Tips : Kemaskan Barang Menggunakan Kotak

Assalamualaikum, nampak perubahan tak? Heheh. Blog bertukar wajah lagi sempena 2013. *Act memang selalu tukar template pun sampai ada orang tanya, setahun berapa kali tukar template. Okay, dah stop melalut. Berkenaan dengan tips. selalu korang punya bilik mesti bersepah kan? Ke aku sorang je? 

Kadang-kadang tak ada masa nak kemas, sampai meja bersepah macam ni:

 

Well. kat situ ada jalan penyelesaian. Caranya dengan menggunkan DIY Box in Box Organizer, kotak dalam kotak. Macam ni: 
Boleh simpan barang makeup yang tak teratur tu. Nak letak note-note penting, pensil, semua boleh, ikut kehendak masing-masing. Menarik tak? Perempuan suka la kan barang kemas-kemas macam ni? Benda ni lagi sesuai dengan orang yang pemalas macam aku, main campak je barang sana sini, lepas tu, nak cari. Haa, punggah semua. So, benda ni dapat mengemas dan menjimatkan masa juga sebenarnya. Lagipun kotak dia comel.

Mesti ada yang berkenan kan? Tapi tak tau nak dapat kat mana. Haa, kalau nak beli, baik cepat, sekarang tengah ada offer, RM10 je. Diulangi, RM10. Berbaloi la kan kalau nak dibandingkan dengan buang masa,sakit hati mencari barang yang hilang entah kemana. Korang boleh order kat Double You Smile. Banyak lagi barang lain yang dia jual.

Antaranya:

So. jom singgah Double You Smile Store . Sementara Promotion masing berlangsung. Eh, cantik tak blogshop beliau? Haha, aku lah yang edit mengedit. Nak jugak tempah design blog? Boleh tengok kat sini.

You may leave your comment :)

27 December 2012

Tak adil : TV3 Lebihkan Bibik Indon

Inspirasi hidup bibik indon sebenarnya.

Assalamualaikum. Eh, mesti pelikkan dengan tajuk post ni, siapa yang tak ada astro, asyik dok terperap je duduk rumah tengok tv, faham la apa yang aku maksudkan. Ingatkan waktu cuti sekolah, banyak la cerita best-best yang tv3 akan siarkan. Rupanya, memang best la untuk bibik Indon. Yang cuti sekolahnya budak-budak Malaysia, tapi yang seronok, bibik indon, dapat tengok cerita dari negara asal.

Gambar ihsan Google

Slot Jom Relaks, Dongeng Indon, tiap hari Isnin hingga Khamis kalau tak silap, start pukul 4. Cerita langsung tak seronok. Kalau tak logik ala-ala dongeng tu tak apa. Ini, orang duduk dekat luar rumah, pegang anak yang tengah menangis, dah kena cop penculik. Patut ka tak patut? Kalau bab edit jangan cakaplah, langsung.. Hancur.

p/s: Lepas ramai yang meluahkan rasa tak puas hati, adakah tv3 akan mengambil tindakan?

You may leave your comment :)