Assalamualaikum. Lama sangat tak jenguk blog ni, dan sekarang ni pun musim adik-adik lepasan PT3 memohon sekolah-sekolah berasrama penuh, Kolej Vokasional dan lain-lain. Since aku pernah pos tentang Kolej Vokasional 5 tahun yang lepas, Omg malu k nak baca balik post tu. Banyak sangat komen, pertanyaan, whatsapp, email, chat kat facebook, semua tanya pasal Kolej Vokasional, Kalah retis kateko. So sorry banyak yang tak sempat nak balas sebab sibuk sikit sekarang. Siang jadi pekerja, malam jadi student.
Sekarang ni, tengah On Job Training ataupun praktikal, ataupun orang panggil Latihan Industri di Mohd Anuar & Co, Peguambela & Peguamcara di Sungai Petani. Tak jauh pun dengan Kolej Vokasional Sungai Petani 2. In Shaa Allah bulan 3 ni habis. Banyak pengalaman dapat kat sini, dan waktu ni lah baru sedar.
"Ya Allah, apa yang aku belajar selama ni tak sangka berguna masa kerja. Dulu masa belajar main-main. Sekarang baru tau guna, punca, kenapa, sebab belajar benda-benda tu."
Sekarang pun tak sempat nak bernyawa sebab pagi sampai petang kerja, then malam kena buat buku log, laporan, dan of course kena siapkan Final Project. Untuk yang tertanya-tanya tu, aku sekarang dah habis dah 8 semester bersamaan 4 tahun di Kolej Vokasional. Alhamdulillah. Cuma tunggu habis praktikal, dan segala benda yang tertunggak macam laporan semua tu je. Perancangan lepas habis praktikal ni taktau lagi sama ada nak cari kerja di Kedah ataupun balik ke rumah di Kuala Kangsar, Perak. :) Untuk information semua, masa praktikal tak ada disediakan asrama ya. Sama ada pilih tempat praktikal berdekatan dengan rumah, ataupun menyewa je lah macam aku ni.
Kat sini, aku kumpulkan Frequently Asked Question (FAQ) yang orang selalu tanya, tiap-tiap tahun tanya soalan yang sama. Ponat den nak ulang banyak kali. So baca je kat sini. Tapi jawapan-jawapannya mungkin ada yang betul, ada yang salah. Sebab Kolej Vokasional kat Malaysia ni bukan satu je, so mungkin ada sistem yang tak sama.
1. "Kalau ada subjek gagal susah tak nak mohon Kolej Vokasional ni?"
Bab ni rumit sikit, selalu ikut Kolej Vokasional tersebut. Kalau permohonan untuk masuk ke KV tu tinggi, mestilah susah kan nak masuk. Sekarang ni pula, sistem PT3 kan, so taktau sangat. Cuma kalau masa PMR dulu tu susah la nak masuk kalau ada gagal."
2. "Macam mana laluan perjalanan sebelum nak masuk ke KV ni?"
3. "Macam mana dengan interview?"
Sebelum ni, aku pernah juga join untuk interview student yang baru nak masuk. So tau la serba sedikit hal-hal ni. Masa interview pakai baju sekolah, dan selalunya ada test sikit bab-bab bacaan dalam solat, baca potongan ayat Al-Quran. Lepastu baru interview macam nak interview kerja tu.
Antara soalan-soalan basic, macam pencapaian masa sekolah dulu, kenapa pilih kursus ni, kenapa kena pilih korang, dan lain-lain. Paling penting, tunjukkan minat dan pengetahuan dalam kursus tersebut. Macam kursus aku ni, kesetiausahaan. Jangan la bila tanya, apa yang awak tau pasal kesetiausahaan, senyap, blur, taktau apa. Kalau interview untuk bidang Kulinari mesti lah tau basic memasak ni. Kang kena test sikit bahan-bahan memasak depan mata, haa kunyit dengan rempah kari pun ko taktau mana satu, haa susah la gitu. Oh ye, untuk Kesetiausahaan, ada kena buat english communication sikit, //goreng je// Yang pasti, kena yakin. Baru penemuduga yakin dengan korang, even result korang cukup-cukup makan pun, kalau pandai ambil hati temuduga, In Shaa Allah masih berpeluang.
4. "Kolej Vokasional ni pakai baju sekolah ke?"
Untuk uniform Kolej Vokasional, setakat ni untuk pra diploma iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5 akan pakai baju korporat Kolej Vokasional berwarna oren, selaras 1 Malaysia. Bagi pelajar Diploma yang berumur 18-19 tahun pula, akan pakai uniform yang berbeza antara setiap KV. Untuk setiap kursus juga, mungkin akan ada uniform untuk kursus masing-masing.
4. "Subjek apa yang belajar kat sana?"
Kat KV ni pengajian selama 4 tahun. So 2 tahun untuk pra diploma, 2 tahun lagi diploma. Total keseluruhan semester ialah 8 sem. Pelajar pra diploma akan ambil subjek teras (BM, BI, Math, Sains, Sejarah, Agama) dan tambahan subjek modul course masing-masing. Setiap semester modul course akan bertukar. Bagi pelajar diploma pula, tak pasti untuk sistem yang seterusnya, tapi kalau ikut sistem macam aku ni, masa diploma ada la subjek Sains, Math, English Communication, Keusahawanan, Profesionalisme Pekerjaan, Tanggungjawab Pekerja, pilihan Bahasa Arab/Mandarin dan lain-lain lagi. Dan macam biasa, setiap semester akan ada tambahan untuk modul course. Kalau Kesetiausahaan ada lah modul macam (Office Documentation, Asset & Facilities, Penulisan RINTAS, Meeting & Travel Arrangement, Computerized Account, Human Resourse, dll)
Bab ni rumit sikit, selalu ikut Kolej Vokasional tersebut. Kalau permohonan untuk masuk ke KV tu tinggi, mestilah susah kan nak masuk. Sekarang ni pula, sistem PT3 kan, so taktau sangat. Cuma kalau masa PMR dulu tu susah la nak masuk kalau ada gagal."
2. "Macam mana laluan perjalanan sebelum nak masuk ke KV ni?"
- Mohon untuk masuk ke KV.
- Permohonon akan disenarai pendek.
- Akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Temuduga
- Surat tawaran akan dihantar kepada yang berjaya.
- Daftar masuk.
3. "Macam mana dengan interview?"
Sebelum ni, aku pernah juga join untuk interview student yang baru nak masuk. So tau la serba sedikit hal-hal ni. Masa interview pakai baju sekolah, dan selalunya ada test sikit bab-bab bacaan dalam solat, baca potongan ayat Al-Quran. Lepastu baru interview macam nak interview kerja tu.
Antara soalan-soalan basic, macam pencapaian masa sekolah dulu, kenapa pilih kursus ni, kenapa kena pilih korang, dan lain-lain. Paling penting, tunjukkan minat dan pengetahuan dalam kursus tersebut. Macam kursus aku ni, kesetiausahaan. Jangan la bila tanya, apa yang awak tau pasal kesetiausahaan, senyap, blur, taktau apa. Kalau interview untuk bidang Kulinari mesti lah tau basic memasak ni. Kang kena test sikit bahan-bahan memasak depan mata, haa kunyit dengan rempah kari pun ko taktau mana satu, haa susah la gitu. Oh ye, untuk Kesetiausahaan, ada kena buat english communication sikit, //goreng je// Yang pasti, kena yakin. Baru penemuduga yakin dengan korang, even result korang cukup-cukup makan pun, kalau pandai ambil hati temuduga, In Shaa Allah masih berpeluang.
4. "Kolej Vokasional ni pakai baju sekolah ke?"
Untuk uniform Kolej Vokasional, setakat ni untuk pra diploma iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5 akan pakai baju korporat Kolej Vokasional berwarna oren, selaras 1 Malaysia. Bagi pelajar Diploma yang berumur 18-19 tahun pula, akan pakai uniform yang berbeza antara setiap KV. Untuk setiap kursus juga, mungkin akan ada uniform untuk kursus masing-masing.
Uniform Kolej Vokasional selaras 1 Malaysia
Uniform pelajar Diploma KVSP2
(Uniform adalah berbeza mengikut Kolej Vokasional masing-masing)
Dan bawah ni pula contoh-contoh uniform bagi kursus masing-masing. Credit gambar : Kelab Fotografi Kolej Vokasional Sungai Petani 2.
Kat KV ni pengajian selama 4 tahun. So 2 tahun untuk pra diploma, 2 tahun lagi diploma. Total keseluruhan semester ialah 8 sem. Pelajar pra diploma akan ambil subjek teras (BM, BI, Math, Sains, Sejarah, Agama) dan tambahan subjek modul course masing-masing. Setiap semester modul course akan bertukar. Bagi pelajar diploma pula, tak pasti untuk sistem yang seterusnya, tapi kalau ikut sistem macam aku ni, masa diploma ada la subjek Sains, Math, English Communication, Keusahawanan, Profesionalisme Pekerjaan, Tanggungjawab Pekerja, pilihan Bahasa Arab/Mandarin dan lain-lain lagi. Dan macam biasa, setiap semester akan ada tambahan untuk modul course. Kalau Kesetiausahaan ada lah modul macam (Office Documentation, Asset & Facilities, Penulisan RINTAS, Meeting & Travel Arrangement, Computerized Account, Human Resourse, dll)
5."Bab pakaian, barang keperluan asrama semua tu macam mana pula?"
Surat tawaran akan dipos kepada pelajar. So dekat dalam tu, akan tertulis lah segala yuran, dan keperluan seperti uniform dan barang-barang yang perlu dibeli di KV. Antaranya, uniform, baju batik asrama, cadar, selimut, (Kalau tak ada dalam senarai tu, kena beli lah sendiri)
Banyak lagi soalan sebenarnya, In Shaa Allah kalau ada masa, aku akan reply. So good luck kepada yang memohon tu. Ni kalau korang nak baca balik pos lama :
- Kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2
- Sistem Pembelajaran Kolej Vokasional
- Barang Keperluan Asrama
Adios.
Tips temuduga ke Kolej Vokasional
Update : Boleh check website Kesetiausahaan Pentadbiran KVSP2
Update : Hai, kepada yang dm personal tu, harap tak tanya ya soalan yang terlampau umum atau random macam :
"Kak, KV ni belajar macam mana?" -Terlampau umum nak explain
"KV belajar berapa tahun?" - Basic kot ni. Apa-apa pun baca dulu entri pasal KV kat [SINI]
"Kursus sekian sekian ni buat apa?/ kursus ni nanti temuduga tanya apa" - Walaupun saya pernah belajar kat KV, saya cuma belajar 1 je kursus kat situ, saya taktau pun kursus lain buat apa, waima soalan apa yang akan ditanya masa temuduga.
Another update: Hi, soalan-soalan terkini mengenai KV saya dah tak boleh jawab sebab dah lama tinggalkan KV (terakhir 2016). Tqvm.