28 December 2014

Review Episod Terbaik Running Man

Assalamualaikum. 
Hai semua. Eh, rasa macam pelik je bagi hai. Okay, hari ni guwa nak cerita sikit pasal Running Man. Rasanya semua dah tau kot variety show yang popular gila dan rasa macam terlambat gila tiba-tiba hari ni baru nak pos pasal Running Man. Emm. *sadface* Dah 4 tahun berlalu dan nak masuk ke tahun kelima dan sekarang ni dah ada sampai 226 episod dah pun Running Man ni. Banyak kan? Well banyak. Tapi semua dah habis tengok. 


Lee Kwang Soo, Kim Joong Kook, Song Ji Hyo, Kang Gary, Ji Suk Jin, Jae Suk dan Haha
So, kepada peminat tegar Running Man, rasanya pos ni dah tak berguna pun. Tapi yang masih baru, tak tau nak tengok yang mana dulu, sini guwa kasi review sikit episod mana yang best bagi guwa. Semua episod best dan lawak dan wajib gelak, tapi ni yang PALING best. Tapi ni pendapat guwa je. Lain orang lain pendapatnya. Bagi yang kata, LOL Kpop, Booo kpop, Nak habaq mai, ni variety show bukan kpop. Ihiks.



Running Wars (Episod 222)
No Guest.
Guwa cukup suka kalau episode tak ada guest sebab selalunya diorang akan bekerja dalam satu team. Episod ni lawak sebab guwa tak tahan tengok muka rambut Gary dan kepala Kwang Soo semestinya.
Klik sini untuk tengok : Running Man Episod 222

Running Man eps 200
Asian Dream Cup in Indonesia (Episod 200)
Guest : Park Ji Sung dan Cha Bum Geun
Rasanya ramai kot yang kenal dengan Park Ji Sung, pemain bola sepak terkenal Korea yang sekarang bermain untuk Manchester United. Episod ni diorang kat Indonesia, paling lawak part dekat zoo. Ada yang kena selesaikan misi  dengan buaya, singa, harimau, zirafah, dan lain-lain lagi. Memang lawak bila kena interaksi dengan binatang. Kau berani?
Klik sini untuk tengok : Running Man episod 200


Romea and Juliet (Episod 181)
Guest : Lee Jong Suk, Bo Young, Lee Se Young
Episod ni yang paling guwa tersengih-sengih depan laptop. Memang sweet gila Ji Hyo dengan Jong Suk kena selesaikan misi. Keputusannya adakah berjaya ataupun tidak misi mereka, kena tengok lah. Kalau bagitau dah tak suprise pula.
Klik sini untuk tengok: Running Man episod 181


King Of Idols (Episod 162)
Guest : Beast MBLAQ, 2PM, Infinite, APink, Sistar, Girl'sDay.
Best opening ever lah bagi guwa sebab Running Man members kena menari untuk opening. Memang gelak terbahak-bahak la guwa tengok.
Klik sini untuk tengok : Running Man Episod 162.


Jackie Chan's Treasure Hunter (Episod 135)
Guest : Jackie Chan & Choi Si Won (Super Junior)
Bagi guwa, episod ni best sebab kekuatan guest dia yang memang superb. Siapa yang tak kenal dengan Jackie Chan, pelakon aksi terkenal beb, paling penting duta syampu Bawang. Dan Siwon, Super Junior members ataupun duta Line. Dulu-dulu ada la iklan kat tv3. 
Klik untuk tengok : Running Man Episod 135)


p/s : Kebanyakkannya Running Man yang agak latest, sebab semua 135 ke atas. Tapi banyak juga lain-lain episod yang best, contohnya episod The Final Case (225), Adventure In Australia (188), Animal Kingdom (141), Episod 96.
Running Man Hwaiting!


You may leave your comment :)

12 comments:

  1. waah. same la kite. tapi kalau awak tgk episod lama lama lagi best. sbb die ade game hide and seek. boleh tgk muke diorang, takut. hahah

    ReplyDelete
  2. episod king of idols tu terbaik !! best sangat running man ni .. hehe http://ijahoney.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. suka tengok running man. semua episod dia lawak. haha ^^

    ReplyDelete
  4. Lamaaaa sangat tak tengok running mann bussyy

    ReplyDelete
  5. running man mmg best kot.. hehee.. minat running man gak..

    ReplyDelete
  6. yang mana ada Yonghwa, itu yg best...11 episod to be exact :P

    ReplyDelete
  7. ;aaaa. smua yg diatas yg bergambar tu yaya belum tgk lg.. :'(

    ReplyDelete
  8. bagi saya semua besttt ! hehe Takboleh nak pilih yang mana first rank .

    (http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/refill-lah-bukannya-mintak-bill.html)

    ReplyDelete
  9. amboiii.. running man ko!! ehee.. akk selalu je tercicir tgk cite tu.. tak follow pun.. kdg2 je klo terbuka tv.. ehee..

    http://ayusihatanggun.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Fida memang suka tgk RM..
    memang ketawa je bila tgk..

    ReplyDelete
  11. my website...

    http://tadika.tk

    terima kasih...my website...

    http://tadika.tk

    terima kasih...

    ReplyDelete

Maaf kalau tak dapat nak balas komen.