gambar hiasan |
K, aku memang lambat gila. Harap je duduk Perak tapi dah macam katak di bawah tempurung. *Harap cikgu md isa bagi aku markah lebih untuk peribahasa tu* Taman Tema Disneyland akan dibuka kat Ipoh. Pergh, memang syork lah kan. Tak payah aku pergi jauh-jauh dah walaupun aku memang kaya. *k, tipu* . Korang dah tau ke? K, aku sorang tak tau. Aku tau pun dari member aku, Tasha.
Lalu aku pun mencari maklumat, dan jumpa. Baca lah sendiri, takan aku nak bacakan kot.
SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.
Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.
“Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.
Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa.
Katanya, hotel itu yang kini 20 peratus siap meliputi bangunan hotel setinggi 12 tingkat, dua bangunan komersial sembilan tingkat dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).
PCB memiliki Hotel Casuarina Ipoh di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, tetapi menjualnya kepada Impiana Hotel Ipoh Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM44 juta pada 2009 dan kini dikenali sebagai Hotel Impiana Ipoh.
sumber: Hmetro
P/s: Berapa ek harga dia, harap murah la. Boleh ajak mamakin (cikgu kelas aka mama aku) pegi dengan member kelas aku.