12 December 2012

Siapakah Mat Luthfi?

Assalamualaikum. Okay, hari ni nak cerita pasal MatLuthfi. Ramai yang dah kenal, tapi rupa-rupanya ada yang tak kenal. Siapa MatLuthfi ni. Aku pun tak tau semua la pasal dia, sebab aku bukan mak dia. Mat Luthfi ni ialah seorang Vlogger. Tahu vlogger? Bukan blogger. Tapi vlogger, vlogger tu apa? Tettt, lambat. Vlogger tu ialah bercerita melalui video. Yang ada kat youtube tu. ^^. Dia ni belajar kat Perth, Autralia.

Ada yang kata dia ni ramai peminat sebab muka ala mat-mat korea. Bagi aku, tu semua tak penting. Yang penting, apa yang dia cakap, memang penuh dengan pengisian. Boleh jadi pengarah terbaik lah dia ni. Berfikiran jauh gitu.
Bila kata ada pengisian, pengisian apa? Heh, dia ni, bercerita dalam keadaan yang kadang-kadang aku rasa 'memerli', tapi keadaan memerli yang sopan dan berhemah.
Dia ni memang lawak lah, setiap video dia mesti ada selit unsur lawak. So, tak boring la macam sesetengah vlogger yang bercerita macam dengar cikgu mengajar kat depan. Setiap video dia akan berlakon.

Muka dah macam mat Cina, tapi. Opss, mat Kedah dia ni.  Tak lupa asal usul walaupun dah belajar jauh-jauh. Takde lah nak sebut durian pun durieenn. Tapi beliau fasih cakap omputeh.

Macam-macam dia ni boleh jadi. Jadi perempuan, lelaki, mak, ayah, boyfriend, girlfriend, orang tua tak sedar diri, semua dia boleh bawak.
Gambar atas ni dia cakap KL, tak sedap, seronok lagi dengar dia cakap Kedah. Nampak tak hipokrip. Tapi memang lawak. Kadang-kadang tensyen, bila tengok video dia pun boleh jadi penawar. Kalau nak kata dia ni famous sebab handsome, rasanya memang tak kot. Sebab aku minat dia sejak zaman dia kurus kering lagi. Untuk pengetahuan korang, MatLuthfi dapat award masa shoutawards hari tu. Tapi dia tak datang ambek. Sedih gila. Aku rasa, MatLuthfi ni bukan yang suka tayang muka kat tempat public.

P/s:Jom la pakat-pakat tengok video dia, aku suggestkan Drama-drama Sebelum Kahwin, Kecelaruan Maklumat, New Album, dan Typical Local Film. Boleh subscribe Matluthfi90 terus .

You may leave your comment :)

Freebies Social icon (Facebook and Twitter)







        




You may leave your comment :)