Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

09 August 2012

Cerpen : Sudikah Awak jadi Isteri kedua saya?



“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————


Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,

Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…

Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!

Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu…

Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam

Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!

Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…

Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah hakikat…

Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya

Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!

Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,

Kerana suami yang pertama bagi isterimu… 

Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.

Jika dirimu tidak sedemikian,

Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!


Credit to : Nurul Iman (subscibe)

You may leave your comment :)

15 March 2012

Cerpen : Selamat Ulang Tahun Sayang

 
"Saya suka awak." Kata-kata ringkas dari bibir nya yang membuatkan Natasya terpaku diam seketika. Bagaikan kurang percaya dengan apa yang diluahkan sebentar tadi. "Entah ya, entah tidak. Adakah sekadar ucapan dari bibir atau kata dari hati yang ikhlas diluahkan buatku." Bebel Natasya dalam hatinya. 

"Saya suka awak. Awak dengar tak ni?" Ucap Zaiful. 

"Jadi? kalau awak suka saya, apa perlu saya buat? " Soal Natasya. 

"Awak suka saya tak? " Soalan perangkapkah ini? Natasya tertanya-tanya dalam diri. Adakah Zaiful benar-benar inginkannya, atau hanya sebagai tempat melepas rasa selepas diri ditinggalkan kekasihnya. Natasya hanya mendiamkan diri. 

*****************************************


 

"Andai saya terima awak. Tapi apakah jaminan awak yang ini bukannya satu penipuan?" 

"Penipuan?" 

"Lelaki. Semua sama sahaja, bila mahu terkejar-kejar, bila dah jumpa yang lebih baik, jangankan sejuta tahun kebaikan diingat, tapi untuk menolak, hanya kerana sepalit hitam pun bisa dijadikan alasan. " Balas Natasya. 

"Saya ikhlas. Saya tiada dapat berjanji, kerana hati itu biarpun di tubuh saya , tapi ALLAH yang memegang kuncinya, sayang dan cinta walau mulut mudah berkata, tapi ALLAH yang izinkan perasaan itu, tapi, andai kata sekarang awak bertanya pada saya, saya ingin sekali katakan yang saya mahu awak menjadi isteri saya. Sudikah awak mengahwini saya?" 

Natasya terus terkedu. Subhanallah. Tiada pernah dia berjumpa lelaki sebegini straight-to-the-point. Meluah kata berdepan tanpa berselindung. Tak macam lelaki diluar sana yang berselindung disebalik mulut manis, seandainya satu hari nanti tiada lagi madunya, tertinggallah ia sepah dibuang. 

"Sudikah awak menjadi isteri saya Natasya? Jika awak sudi, maka akan saya hantarkan kedua ibu bapa beserta rombongan menemui keluarga awak supaya kita bisa diijabkabulkan." 

"Awak biar betul? Awak baru kenal saya, takkan semudah ini awak meminta untuk bersama saya? "

"Sepertimana saya katakan tadi, hati walau ianya adalah ditubuh saya, tapi perasaan itu milik ALLAH, dan cinta, adalah anugerah terindah untuk hambanya yang bergelar manusia, saya yakin benar dengan apa yang ditakdirkan buat kita ni." 

"Kahwin tanpa cinta? "
Zafrul tergelak. "Cinta itu dipupuk, sayang itu boleh dibaja. Mungkin bagi sesetengah orang ianya menghairankan, tapi tiada yang pelik bila berkaitan soal hati ni kamu, ALLAH yang berikan semuanya, dan dia jugalah yang berkuasa menariknya. Janganlah kerana masyarakat kini mengejar nya kerana takutkan akan kahwin dengan yang tak dikenali tapi tiada janji yang hubungan itu kekal selamanya bukan? Pilihlah cinta pada ALLAH nescaya dia kurniakan kita dunia yang cintakan kita." balas Zafrul. Panjang lebar, tapi penuh dengan pengertian mendalam yang membetulkan fikiran Natasya mengenai cinta. 


*****************************************

Setelah berfikir selama beberapa hari, mereka bertemu lagi, kali ini Natasya terus kepada jawapan pada persoalan yang diluahkan Zafrul tempoh hari. 

"Saya terima, tapi saya ingin mencapai cita-cita saya dahulu. Adakah awak akan menunggu saya? "

"Andai telah dijodohkan kita, tiada yang bisa menghalang kita dari bersama, kerana sudah tertulis di luh mahfuz tentang siapa yang bakal bersama kita awak. Saya pegang kepada perkara itu. " 

"Terima kasih awak. Saya janji akan setia dengan awak. Walau sejauh mana pun saya pergi." 

"Awak, jangan berjanji. Cukuplah sekadar awak fikir untuk menunaikannya didalam hati. Tak manis bukan kita berjanji kerana kita tak tahu pun apa bakal jadi di masa hadapan, katakan ianya tidak berjaya ditunaikan, bukankah itu satu kezaliman buat insan yang memegang kepadanya? " Zafrul mengingatkan. 

"Baik awak. Terima kasih awak. Terima kasih sangat. saya akan ingat pesanan awak tu. "

*****************************************

Kata sudah dirungkai, walau janji belum dicapai, namun, ianya bagaikan kata bersemangat penuh kuasa yang memberikan keduanya kekuatan untuk menunggu tahun-tahun mendatang. Zaiful sedang bersiap untuk berlepas ke luar negara, dia ada tugasan luar negara yang perlu dia hadiri. Sambil-sambil lidah menyanyi-nyanyi lagu Imran Ajmain yang dipasangnya. 

Dia tersenyum sendiri bila menyanyi di bait "Kini kau bersayap, pergilah terbang , Rentaslah langit cita cita mu , Harap nanti kita 'kan bertemu ", baginya kata-kata ini punya persamaan yang tepat untuk hubungan dia dan Natasya. Sayap untuk terbang, mencapai cita yang ingin dikota sejak sekian lama, dan didalam hati berharap nanti akan bertemu, dan menunaikan kata yang ingin sekali dikota. 

*****************************************

 

 03 March 2009

1 Email received.

Natasya pantas mencapai tetikus miliknya. Digerak-gerakkan menemui email yang dihantar tadi, kemudian menekan button kiri untuk membuka email yang diterimanya. Dia yakin email yang diterimanya adalah daripada adalah daripada bakal imam yang dirinduinya. 

Assalamualaikum.

Menemui Natasya yang dikasihi, 
Selamat ulang tahun saya ucapkan kepada kamu. Perlahan benar rasanya melalui tahun kedua kita. Tetapi ini merupakan satu pengalaman yang baik bukan untuk mengajar kita bahawa jauh itu tidak bererti jauh dari hati bukan? Apa pun, yang sebenar-benar perlu dirindui adalah rahmat Cinta Ilahi, moga-moga kita bakal disatukan bila tamat tempoh kejauhan ini. Amin.

Terimalah lagu ini khas buat awak. 

ikhlas, Zaiful

Tanpa membuang masa, Natasya terus memuat turun file yang dilampirkan bersama email itu. Sebaik selesai sahaja memuat turun. Terus dia memilih option Open File dan terus berkumandang lagu yang dikirimkan buatnya itu. 

Yang tulus ikhlas | Ingin sekali sekala dirinya dibalas | Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi | Ingin sekali sekala jadi penerima | Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta | Dan leburkan saja serpihan calar derita

Natasya tersenyum. Kata-kata dalam bait lirik lagu ibarat kata-kata yang diluahkan Zafrul. Dia tahu yang lelaki itu tak berani meluahkan melalui ucapannya, atau tulisannya, tapi dikirimkan sesuatu untuk menjadi luahan perasaan buat Natasya. Belum pernah Natasya berjumpa insan seistimewa Zafrul, kata yang terluah itu penuh dengan pesanan buatnya. 

*****************************************

Natasya mendengar dengan penuh sayu, mendalami lagu yang menjadi trademark kisah dia dan Zaiful. Lagu yang pernah dihadiahkan kepadanya pada hari ulangtahunnya yang lalu. Lagu ini punya kisahnya yang tersendiri. Bagaimana dua jiwa yang menginginkan cita-cita, memilih untuk pergi dan berpisah seketika, dan kemudiannya kembali menyatu kasih. Benar-benar cocok dengan kisah dia dan Zaiful. Dia dengan ijazah luar negerinya, manakala Zaiful dengan tugasan luar negara juga, yakni seorang wartawan yang ditugaskan diluar negara. 

Sepanjang tempoh mereka berjauhan, tiada kata diluah seperti pasangan lain yang berlumba-lumba meluah rasa kepada buah hati masing-masing.

"Kenapa awak tak pulang-pulang Zafrul? Adakah kerana saya gagal untuk tampil pada tarikh janji kita awak pilih untuk melupakan saya?" Natasya sebak bila dia hadir ke tempat yang sepatutnya mereka bertemu. Dia sedih kerana Zafrul tidak hadir pada hari perjanjian mereka sepatutnya dimuktamadkan.

*****************************************
Berlalu sudah janji yang diikat empat  tahun yang lalu. Namun, Zaiful belum mahu menonjolkan dirinya. Natasya masih menanti. Benar kata orang, hati bila sudah terpaut, jangankan berbulan, bertahun, malah seumur hidup juga bisa dihabiskan dengan menanti yang tersayang kembali kepada diri. Natasya memilih untuk membawa diri ke luar negara.

"Hye, Natasya how are you? Still remember me? " Akasya menyoal.
"Eh, Akasya. what a considence meeting you here. What are you doing here? "

"Actually im doing my PhD here. And you?" 

"Umm. nothing. Just come in to relax my mind."

"Are you married? " 

"Not yet, and you? " 

"Im married to Afeefa. Our classmate, still remember her? "

"What? wowww. its a surprise. Do i have any niece or nephew? " 

"We have 3. ehhe. " Sambil tersenyum. Belum sempat Natasya berkata-kata, Akasya menambah pula, "You know what? suddenly im starving nasi minyak. When is yours? " 

"Married? errr..." 

"Something went wrong?" 

"Umm nothing...." 

*****************************************

Seminggu di luar negara, Natasya kembali ke tanah air. Sesuatu yang mengejutkan menantinya di tanah air.

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Natasya seperti terperasan sesuatu, bayangan seperti seseorang yang dirinduinya. Natasya terintai-intai bayangan itu. Dari belakang, memang menyerupai insan yang paling dirinduinya, Zafrul. Natasya bergerak laju dari lelaki berkenaan, sekarang dia berada di hadapan lelaki itu pula.

Memang sah , itu adalah Zafrul.

Natasya tidak dapat menahan dirinya lagi, dia menunggu sehingga lelaki itu kedepan melepasinya, seperti tidak tertahan, Natasya menarik tangan lelaki berkenaan.

"Zafrul........". Kerinduan yang tidak dapat tertahan lagi. 3 tahun mengikat janji bersama 3 tahun lagi kehilangan perit yang perlu dihadapinya.

Terpisat-pisat lelaki itu memerhatikannya. Penuh tanda tanya baginya. Kenapakah wanita ini menarik tangannya, sedang dia tidak langsung pernah bertemu malah kenal dengan wanita ini. Seraya bertanya "Siapa awak?"

"Zafrul? Awak tak kenal saya? " Air mata berjujuran dari matanya.

"Zafrul? Saya bukan Zafrul. Saya Zafri. " Balas lelaki itu lembut.

"Mana mungkin, Wajah awak saling tak tumpah macam Zafrul" Natasya masih mahu menegakkan kata-katanya.

Akhirnya, terdedahlah kenapa Zafrul tidak hadir menyambutnya ketika tarikh janji itu sepatutnya dinoktahkan. Rupanya dia sudah pun pergi menemui Ilahi ketika tibanya tarikh itu. Pada masa itu, dia sedang dalam perjalanan menemui Natasya, tapi dia terlibat dalam satu kemalangan, dia koma dan meninggal setahun kemudian.

*****************************************

 

Rupanya Zafri adalah kembar Zafrul. Dan Zafri pernah cuba mencari Natasya, tetapi tidak bertemu sejak sekian lama. Namun ALLAH itu Maha Mengetahui, tidak diberatkan ujian keatas umatnya melainkan dengan kesanggupannya. Dipertemukan Natasya hari ini, setelah Natasya bersedia untuk menerima hakikat sebenar penantiannya. Hari ini , Natasya dapat juga mengenggam warkah terakhir arwah Zafrul yang diserahkan kepada Zafri setelah sekian lama untuk diberikan kepadanya. 

Assalamualaikum awak,
Tika awak membaca warkah ini, saya sudahpun tiada kerana sudah menemui Yang Esa kerana sudah tiba masa saya dikembalikan kepadanya.

Seperti pesanan saya suatu masa dulu, tiada yang akan kekal di muka bumi ini bukan. Sepertimana firmannya dalam surah Al-Anbiyaa ayat 35, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. "

Percayalah bahawa ini bukan sesuatu yang buruk, tapi adalah cubaan yang diberikan kepada kamu. Bangkitlah dari kesedihan dan capailah impian kamu bersama bakal imam kamu. Kita semua adalah Milik ALLAH.

Ini sebabnya kenapa saya tak berani berjanji dulu awak. Kerana kita tidak tahu bukan bila kita akan diambil, sebab itu saya jauhkan kita sebanyak-banyak agar hati tidak terpaut pada sesama kita kerana saya taknak awak atau saya terlalu rindukan seseorang yang bukan halal bagi kita. Ianya perit awak bila difikirkan, tapi ia sudah termaktub sejak dari dulu lagi. 

"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan" (Al Waaqi’ah : 60)

Jaga diri awak. 
-Zafrul

"Sabarlah, DIA lebih sayangkan Zafrul. "

*****************************************
Selamat ulang tahun sayang 
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Penantian yang bukan tidak pasti, tapi sebenarnya si dia sudahpun pergi menemui Ilahi. Juga pada hari mereka berkira-kira untuk bersama. Ketika janji sudah tiba due-date nya. Tempoh yang diikat akhirnya menemui noktahnya, namun apakan daya, sepertimana yang kita tahu, jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah rahsianya, tidak pula kita diberikan kelebihan meneka, atau meramal apa, siapa dan bila kita akan menemui semuanya. 

Natasya tidak dapat menahan sebaknya namun redha dengan ketentuannya. Kerana sudah termaktub buat mereka yang ini merupakan pengakhiran nya.


*************Tamat************ 


You may leave your comment :)

15 November 2011

Cerpen: Diari Seorang Isteri

Assalamualaikum . . aku terbaca cerpen ni kat Inspirasi Dot My . .



Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"


Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
You may leave your comment :)