22 September 2018

Orientasi PJJ USM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berjaya ditawarkan menjadi salah seorang pelajar di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Pengurusan melalui Program Rancangan Pengajian Jarak Jauh (PRPJJ). Tak sangka, dulu masa Diploma punyalah taknak sambung belajar. Tapi betul orang kata, benda yang kita tak suka tu la nak dapat pun. 

So, 5 Ogos 2018 - 8 Ogos 2018 bermulalah sesi orientasi (Siswa Lestari) di Kampus Kejuruteraan, USM, Nibong Tebal. Ya, kamilah batch pertama yang dicampakkan ke sini sebab ada event besar di kampus induk. Nasib waktu orientasi je. Nanti Kursus Intensif di kampus induk pula. Btw, selesa je di Kampus Kejuruteraan tu, cuma dapat tingkat 3 (tak termasuk ground floor) memang boleh kurus, tapi sebab kitorang melantak gigih ronda Penang, tak kesampaian la nak kurus ye.

Dulu masa tadika kelas sekali, degree pun sekali ye. Opie (tudung pink) my cousin.

Kali ni orientasi 4 hari maka segala proses pendaftaran, pengesahan sijil semua dilakukan semasa Siswa Lestari ini dijalankan. Paling tak sabar ialah Majlis Sambutan Siswa & Ikrar Pelajar, baru lah feeling-feeling eh betul ke aku sambung degree kat USM ni. Siap nyanyi lagu USM gitew. Apa-apa pun staf sini memang A+ sedia membantu takde kerek-kerek.

Kenapa pilih untuk buat PJJ ialah sebab aku dah kerja. Dengan zaman ekonomi tidak menentu ni, aku rasa eloklah aku belajar sambil bekerja ni. Acah kerjaya dan ilmu seiring.Sebelum ni aku banyak cerita zaman diploma, In Shaa Allah lepas ni boleh cerita pasal USM pulak ke kan? 

Adios.

Read more: Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia

Update : Iklan Permohonan PJJ USM 2019



You may leave your comment :)

97 comments:

  1. Adik lepasan dvm then sambung degree pjj ke?

    ReplyDelete
  2. Salam sis.sy br plan nk smbg pjj pgurusan usm.nk tya review dr sis.mcm mana bljrnya.sush x.sy ibu ank 4.dlu pnh amik degree kt ukm tp sekerat jln sbb sy dpt keje gov.skrg cdg nk buat pjj.klu xkbrtan bole kita chat tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Nak cerita lebih pun tak boleh, sebab saya pun baru first sem, baru buat tugasan dan join webex (kelas online setiap minggu) Belum lagi join kuiz, peperiksaan berterusan, exam dll. So, belum layak lagi nak cerita susah senangnya. :) Just in case nak tanya yang lain, boleh dm saya di instagram, @nabihazaidi.

      Delete
  3. Salam sis,senang ke nk dpt smbung berlajar melalui kv?sbb saya pn pelajar kv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. asalkan lepas pointer masa SVM dan 3 kredit.

      Delete
  4. assalamualaikum. awak, berapa kali usm buka untuk ambilan/intake pjj setiap tahun ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kalau tak silap 2 kali. Bulan 8 dan bulan 10. (Tawaran dibuka bulan 4 dan bulan 8)

      Delete
  5. asalammualaikum kak nk tnya sebulan brapa kali yee klas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Bergantung kepada subjek yang kita ambil. Biasanya setiap minggu ada kelas menggunakan telesidang webex. Maksudnya kelas online je, sambil baring pun boleh join kelas. Tapi kalau tak sempat nak join, video webex tersebut akan diupload oleh pihak USM dan boleh tengok kemudian. 1 kelas, 1 jam sahaja. Tak perlu ke USM setiap minggu tapi setahun sekali wajib berkampung di USM selama 3 minggu.

      Delete
    2. salam kak. maksud berkampung di USM 3 minggu tu kene cuti selama 3 minggu ke? maaf kurang pencerahan disitu

      Delete
  6. Boleh ke sambung degree dari spm klau umur da 21?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada syarat 5 tahun pengalaman kerja kalau tak silap.

      Delete
  7. Assalamualaikum, saya baru nak mohon, dah kalau boleh saya nak dapatkan list subjek untuk rpjj kimia dan bio, kat mana yaaa boleh dpt?

    ReplyDelete
  8. Seronok baca kisah awak. Saya pun baru je apply pengambilan yg dibuka bulan April baru2 ni..Harap ada rezeki sambung di sana.Sebab nya saya rasa yuran di usm adalah yang paling relevan dan mampu biaya tdk seperti pjj di univesiti lain yang agak tinggi kos pembelajaran.cuma berapa lama ya kita nak dapat tau keputusan permohonan kita sama ada berjaya atau tidak? Due date hari tu 15 April 2019.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap last year saya dapat keputusan dalam bulan puasa.

      Delete
    2. tima ksh info..sy pn baru aplly admin .sblm ni dkt uitm..memang yuran sgt membantu kpda org mcm sy..1k lbih setahun..

      Delete
    3. AnonymousJune 16, 2019

      dah boleh semak

      Delete
  9. As Salam
    betul ke lepas datang setiap tahun ada kelas intensif, kena berkampung kat USM lagi setiap tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ya, setahun 3 minggu dalam bulan jan-feb.

      Delete
    2. owh maksudnya dalam pertengahan januari gak ler eh...sbb risau awal bulan (sbb nak urus anak sekolah)....

      Delete
    3. Ya, dalam pertengahan Jan.

      Delete
    4. maaf kalau bertanya lg...sy perati dalam perancangan tahunan...final exam utk pjj dia buat 1 hari je eh...mmg balun semua subjek terus dalam masa sehari ker

      Delete
    5. maaf banyak bertanya...tp saya perlukan banyak input dr pelajar n fakulti :)

      Delete
    6. Final lebih kurang dalam 2-3 minggu. Ada gap sehari dua.

      Delete
    7. awk cakap td pengambilan bln 8 n 10...cam dekat..adakah kita masuk dah semester lain2...or masuk bln 10 tu dah ptghan sem..or leh awak cerita bab sem?

      Delete
    8. Intake pertama akan orientasi pada bulan 8. Tapi mula kelas selalunya dalam pertengahan bulan 9.

      Untuk intake kedua akan masuk bulan 10 atau awal bulan 11. Jadi kena catch up pelajar intake pertama. (Mungkin tertinggal dalam 4 minggu punya kelas.

      Tapi tak ada masalah pun, rakaman Webex (kelas) boleh download dan tengok balik di portal.

      Delete
    9. owh..maksudnya satu sem dari bulan 9 sampai bln 6 la eh..panjang jugak 1 sem..lama la nak abis mcm tu

      Delete
    10. Ya, boleh dikatakan 1 sem, setahun. Jadi setahun tu ambil banyak subjek.

      Delete
    11. Limit brpa jam kredit ye utk 1 sem?

      Delete
    12. Saya cuba cari cik nabiha hari tu...nak belanja tnda terima kasih ats segala info...hrp boleh belanja cik nabiha tahun depan

      Delete
  10. AnonymousMay 20, 2019

    Assalamualaikum kak. Syukur dpt juga jumpa blog akak nie(utk thn 2019/terkini). Hehe. Sya just nak tahu, course utk pjj ape jer yg ditawarkan di usm sana??

    ReplyDelete
  11. AnonymousMay 20, 2019

    Assalamualaikum kak. Syukur dpt juga jumpa blog akak nie(utk thn 2019/terkini). Hehe. Sya just nak tahu, course utk pjj ape jer yg ditawarkan di usm sana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, boleh semak di link ni ye.

      https://pohon.usm.my/t_ppjj.php

      Delete
  12. Salam..nak tya bila kta apply dah..cmna nk tahu kta dpat ka dak.dia bagitau ka atau semak online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, dapat sms untuk semak secara online untuk tau berjaya atau tidak.

      Delete
  13. assalamualaikum..saya nak tanya kat mana nak check ye permohonan kita? saya apply april 2019..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, akan dapat sms untuk semak secara online untuk tau berjaya atau tidak. Kalau belum dapat tu, keputusan belum keluar la tu.

      Delete
  14. hi sis..tanya untuk ppjj usm ni kena buat muet atau pun ade pengecualian utk org yg dh bekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib sekurang-kurangnya band 2. Diberi masa untuk ambil muet dalam tempoh setahun (tahun pertama pengajian)

      Delete
    2. Muet ni ambk kt mane ye

      Delete
    3. Masa daftar tu nanti boleh pilih yang paling berdekatan dengan rumah. Selalunya pusat ujian muet di sekolah-sekolah dan universiti.

      Delete
  15. hi sis..tanya untuk ppjj usm ni kena buat muet atau pun ade pengecualian utk org yg dh bekerja

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dear. Akak interested in your telling story nie abt pjj. So akak nk tanye, mahal x kos nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. 1 sidang (setahun) tak lebih 1.5K pun. Bergantung pada kursus yang diambil. Kecuali tahun pertama ada yuran tambahan.

      Boleh tengok kat sini yurannya ye:-

      https://pohon.usm.my/dokumen/YURAN_PPJJ.pdf

      Delete
  17. AnonymousJune 12, 2019

    assalamualaikum, boleh tanya tak? orientasi tu dekat pineng, even kita mintak dekat area lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Orientasi semua di kampus induk Penang.

      Delete
  18. Assalamualaikum,sis masa orientasi tu sekali dgn pendaftaran ke? Diorang inform masa tawaran ke orientasi 4 hari tu atau selepas hari pendaftaran? Means stay di usm atau kena cari tempat nak stay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ya daftar hari pertama, terus orientasi. USM sediakan asrama.

      Delete
  19. AnonymousJune 21, 2019

    hi sis, if kita dah amik muet 2 tahun lalu, still boleh mohon untuk pjj usm?

    ReplyDelete
  20. AnonymousJuly 12, 2019

    good info dari coretan dan komen2..saya baru dapatan tawaran tahun ini..asa cuak pn ada gk..takut sekerat jalan..hihih

    ReplyDelete
  21. AnonymousJuly 25, 2019

    Salam. Sekiranya tak hadir orientasi 3 minggu tu (minggu intensif). Tak boleh apply usm la ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kursus intensif wajib. Sebab masa tu lah ada perjumpaan dengan lect, pentaksiran berterusan (semi final), ujian oral, amali (sekiranya berkenaan) dan lain-lain.

      Delete
    2. Salam sis, pjj ni diiktiraf kan? Sebab risau sijil palsu 😅

      Delete
    3. Waalaikumsalam. Ya diikhtiraf. USM kot :D

      Delete
  22. hi, nak minta tanya klau berjaya dapat permohonan batch ini (aug 2019), intake akan start bila?

    ReplyDelete
  23. salam sis, di usm pjj 1 sem bersamaan dengan setahun ke? so yuran bayar setahun sekali jelah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. ya bersamaan setahun. Yuran pun setahun sekali. Tapi kalau rasa tak mampu, boleh buat ansuran 2 kali.

      Delete
    2. Akak nk tanya klau 1 sem tu Kita boleh berapa max subjek? Klau but sthn sekali mcm mna pula sub tambahan tu kak?

      Delete
    3. Setahun selalunya tak kurang dari 8 subjek.
      Max 30 jam kredit (lebih kurang max 11 subjek setahun)

      Tapi sekarang USM dah buat tempoh pengajian 4 tahun (lebih singkat dari saya yang 5 tahun).

      Jadi subjek yang diambil dalam masa setahun/ 1 sidang akan jadi lebih banyak.

      Delete
  24. Assalammualaikum nak tanya kalau ambik course ni tinggaldi asrama usm penang atau tinggal di rumah saja sebab kan kelas hanya secara online sahaja atau perlu cari rumah sewa . Untuk programme ni hanya ditawarkan di usm penang sahaja ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Belajar semua online tapi untuk kursus intensif 3 minggu ada disediakan asrama di USM.

      Delete
  25. Assalammualaikum saya nak tanya kalau ambik course ni kena stay kat asrama usm ka kena cari rumah sewa ka boleh ja duduk rumah sebab kan belajar secara online ja . Untuk programme ni hanya ditawarkan di usm penang atau di lain pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Belajar semua online tapi untuk kursus intensif 3 minggu ada disediakan asrama di USM. PJJ di kampus induk USM (penang) sahaja.

      Delete
  26. Rasanya ok ke so far belajar situ

    ReplyDelete
  27. kalau apply bulan oct 2019, kebiasaan class akan bermula bila ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap bulan 10 jugak. Kena catch up geng intake pertama.

      Delete
  28. Hai kak, kalau dalam masa 3 minggu tu Dan ada urgent boleh balik kampung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, asalkan bukan masa Pertaksiran Berterusan (mid term exam). Selalunya 20%. Kalau ok nak burn 20% tu ok je. Ikut budi bicara penyarah jugak,

      Delete
  29. Hi sis. Nak tanya berapa lama orientasi? And berapa lama stay kat kampus?

    ReplyDelete
  30. Sy nak tanya. Pjj usm tu 1 tahun 1 sem ke macam mana ye? Kurang paham. Sbb dia kata 5 tahun pengajian kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kita tak panggil sem, kita panggil sidang.

      Delete
    2. Hello nak tanya,, rpjj nih setaraf degree lh kan? Nnti boleh guna rpjj ke utk sambung master?

      Delete
    3. Hi, ni memang degree. Cuma beza mode pengajian sama ada sepenuh masa atau jarak jauh.

      Boleh sambung master.

      Delete
  31. assalamualaikum saya sekarang umur 20 tahun boleh ke saya mohon buat pjj sebab syarat saya tengok dalam kelayakan umur 21 tahun saya nk tanya mana tahu boleh sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, aah ye. kena tunggu next year.

      Delete
  32. Assalammualaikum. PJJ USM ada cost accounting tak ?

    ReplyDelete
  33. Salam Saya nak tanya..td Ada baca Komen 1 sem sthn..kiranya 1 sidang tu Kita amik bnyk subjek la kn..lain dr deg biasa? Maksud Saya mcm cth deg dr upu sem 1 dorg punya sub lm 7 8 cntu kira kita lebih lg ke?? Pastu nk Tanya..kelas stiap minggu tu weekend ka hr2 biasa pun Ada?? Maaf tanya bnyk😅 mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. ya banyak daripada biasa, maximum 30 jam kredit setahun (lebih kurang 8-10 subjek). Kelas selalu sabtu sahaja.

      Delete
  34. Salam Sis saya nak tanya, permohonan PJJ untuk USM buka 2 kali setahun atau setahun sekali..and lagi satu jika umur saya tak cukup 21 tahun lagi, makananya saya kena tunngu 21 baru boleh sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permohonan 2 kali setahun. Permohonan kali kedua tu untuk yang dah terlepas permohonan pertama. Dan ya kena tunggu umur 21.


      https://beehac.blogspot.com/2020/02/pendidikan-jarak-jauh-di-universiti.html

      Delete
  35. Salam sis saya nak tanya berapa kali tawaran dibuka setiap tahun? Dan lagi satu kalau umur saya belum cukup 21 tahun, bolehkah saya mohon pjj?

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum sis, saya nak bertanya berkenaan dengan semakan tawaran .. jika saya mohon pada fasa pertama 2021..bilakah boleh mula semak tawaran ? Adakah bulan May ini keputusan semakan tawaran akan diumumkan ? Terima Kasih sis.❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. kalau tak silap saya lebih kurang bulan 6-7 baru dapat keputusan.

      Delete
  37. Hi kak nak tanya yuran kat usm agak-agak mahal tak? Kalau belanja sebulan tu berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://pohon.usm.my/dokumen/2021_2022/YURAN_PPJJ.pdf

      PJJ USM semuanya online kecuali exam dan kursus intensif.
      So, perbelanjaan di rumah je lah.

      Delete
  38. Hi kak yuran usm agak-agak mahal tak? Kalau belanja sebulan kat situ brapa?

    ReplyDelete
  39. salam sis.. boleh dapatkan no fone.. sy ada nak tanya... sy dh cuba ke ig..tp x da button massanger..

    ReplyDelete
  40. final exam jawab secara online ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sis, saya berminat nak apply pjj di USM dalam course pengurusan. Saya nak tanya mode pembelajaran terkini secara online atau fizikal ? Berkenaan dengan minggu siswa lestari ( baca di website ) tu berapa lama ya ? Yuran untuk first sem boleh bayar ansuran jugak ka ? Maaf terlalu banyak soalan. Terima kasih 🤍

      Delete
    2. Waalaikumsalam, masih online dan ada perkara-perkara yang perlu fizikal (setakat ini). Contoh: exam & kursus intensif

      Tempoh minggu siswa lestari bergantung pada sidang tersebut, kebiasaannya 3-5 hari.

      Yuran boleh buat ansuran kecuali yuran pendaftaran.

      Delete