19 November 2014

Kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Assalamualaikum, berikut ialah kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 dan ada daripadanya ditawarkan juga di KV lain. Jangan tanya ye kursus-kursus selain kursus di bawah dan Kolej Vokasional yang lain. Sebab saya memang tak tahu.


BIDANG PERNIAGAAN

Pengurusan Perniagaan

Pengurusan Perniagaan
Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Info : Perniagaan merupakan jantung kepada kemajuan negara. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada dokumen perniagaan, pengurusan pelanggan, konsep perniagaan yang betul dan teknik mengurus perniagaan mengikut situasi persekitaran semasa. Ia turut mendedahkan pelajar-pelajar mengenai hubungkait antara organisasi dan persekiratarannya serta pengurusan strategik dalam perdagangan dan industri. Kerjaya berpotensi seperti usahawan dan pengurus syarikat.


Kesetiausahaan Pentadbiran


Kesetiausahaan Pentadbiran
Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan 
dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Info : Tugas seorang setiausaha amat penting di dalam operasi sesebuah pejabat, syarikat atau organisasi. Seorang pengurus atau ketua memerlukan seorang setiausaha yang cekap dalam pelbagai urusan. Tanpa setiausaha, tugas seorang pengurus menjadi rumit terurtama dalam melayani pelanggan daripada pelanggan, mengatur janji temu, urusan surat menyurat, mengatur mesyuarat dan segala urusan rasmi melibatkan pejabat. Dengan kepesatan ekonomi negara dan pertumbuhan syarikat SME, multinasional permintaan terhadap setiausaha amat tinggi.


Perakaunan
Perakaunan
Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan
buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa
tentang prestasi syarikat.

Info : Perakuanan merupakan bidang yang melibatkan proses menyimpan, mengklasifikasi dan membuat laporan transaksi, aset, dan kewangan sesebuah organisasi atau syarikat. Setiap syarikat mesti mempunyai staf yang bertanggungjawab terhadap akaun dan kewangan. Kursus ini akan melatih pelajar untuk teliti, sistematik dan analitif terhadap prinsip perakauanan.
Prospek kerjaya biasanya ialah akautan, perunding kewangan, pengurus akaun dan kewangan dan sebagainya.

BIDANG HOSPITALITI

Seni Kulinari
Seni Kulinari
Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan
makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.

Info : Pelajar akan diterapkan dengan pelbagai pengetahuan, pemahaman dan teknik yang merangkumi teori, teknikal dan praktikal dalam kerja-kerja penyediaan, pengurusan dan menyelenggaraan makanan. Yang ditekankan di sini ialah konsep rekaan yang menarik dan kreatif, di samping mengenalpasti dan menggunakan alat yang sepatutnya dengan selamat dan betul. Prospek kerjaya adalah seperti chef kulinari di hotel, restoran mewah malah boleh membuka katering sendiri.


Bakeri dan pastri
Bakeri dan Pastri
Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan.
Cokelat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru
dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Info : Pelajar didedahkan penggunaan teknik membuat produk bukan-yis seperi doh berlamina dan penyediaan produk pastri, membuat sos ringkas dan memperagakan juadah kepada pelanggan. Program ini menyediakan pelajar untuk memasuki pelbagai jenis kerjaya bakeri dan pastri, contohnya sebagai chef dessert di restoran berstatus tinggi, membuat pastri di outlet pastri, pembuat roti di bakeri artisan, membuat pastri/dessert untuk bankuet/hotel dan banyak lagi.


Fesyen dan membuat pakaian

Fesyen dan Membuat Pakaian
Program ini menyediakan pelajar tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.
Info : Pelajar didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fesyen bagi mewujudkan pelajar yang kompiten dalam membuat pakaian serta peka kepada perkembangan fesyen. Kursus meliputi prinsip penggunaan alat jahitan, pemilihan bahan, kajian fesyen, penjagaan fabrik dan proses membuat pakaian. Peluang kerjaya seperti Pereka Fesyen Profesional, Penasihat Fesyen serta membuka butik pakaian dan tradisional atau moden.


Kosmetologi
Kosmetologi
Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badanpenggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.
Info : Kosmetologi ialah pengajuan dan aplikasi rawatan kecantikan. Ini merangkumi kecantikan rambut, rawatan muka, kosmetik dan lain-lain. Pelajar juga berupaya mengenalpasti dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran dalam kehidupan seharian dan memberi sumbangan secara optimum dan berkesan kepada berbagai lapisan masyarakat. Peluang pekerjaan seperti Pedandan Salun, mengurus spa dan lain-lain.

Pengajian awal kanak-kanak


Pengajian Awal Kanak-Kanak
Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan 
kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan 
pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat 
tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Info : Kursus ini memberikan ilmu pengetahuan mengenai aspek pembelajaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak secara menyeluruh. Kursus ini memberikan bimbingan dan panduan lengkap kepada pelajar untuk menguruskan kanak-kanak dengan cekap. Peluang kerjaya seperti pengasuh, pengajar dan pendidik tadika, sekolah swasta. Graduan juga boleh membuka taska dan tadika sendiri.

Credit : Fanpage KVSP2 / Video Korporat KVSP2 / Semua student KVSP2
Sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan di bawah.


Tips Temuduga Kolej Vokasional

You may leave your comment :)

78 comments:

  1. Nak masuk vokay ada ujian skill ke ? Contoh klo sy nak masuk fesyen & mbuat pakaian, tp sy xtahu pape basic, boleh ke ?

    ReplyDelete
  2. Nak masuk voka ada ujian skill ke ? Klau sy nak msk fesyen & mbuat pakaian tp xtahu pape basic, still boleh masuk ke ?

    ReplyDelete
  3. @Anonymous Kalau basic kena tahu la serba sikit sebab masa interview akan ditanya.

    ReplyDelete
  4. Lepasan spm boleh ke? Ingat nk ambik pendidikan awal kanak2... 1M ke student situ?

    ReplyDelete
  5. @Lulu Untuk pelajar lepasan PT3 sahaja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak nk buat permohonan secara online cm mana untuk 2019..harap bals

      Delete
  6. Kite boleh pilihke samaada nak ambk spm or terus ke diploma ? Sy ada tertngk yg kite boleh pilih nak 2 tahun or 4 tahun

    ReplyDelete
  7. Hai,sis ahad (18/01/15)ni saya di interview ke kolej vokasional ert setapak kl,saya amik jurusan cosmetology,then saya ada ujian fizikal dngn ujian akademik,tapi ujian fizika dngn ujian akademik tuh mcm mana ya?

    ReplyDelete
  8. Hi kak,saya ahad ni (18/01/15) dpt diinterviw ke kolej vokasinal ert setapak,saya amik jurusan cosmetology,tapi saya ada ujian fizikal dngn ujian akademik,cuma nak tanta ujian fizikal dngn ujian akademik mcm mana ya?? Mohon rply kak urgent sangat :)

    ReplyDelete
  9. @Anonymouscara interview di setiap kv adalah berbeza :)

    ReplyDelete
  10. tudung awning mmg wajib ke? tudung sklh biase boleh x? jawab pleaseeeee.

    ReplyDelete
  11. @Anonymous tudung sekolah tapi warna hitam tu boleh. putih tak boleh kalau di kvsp2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kvsp ambik result pt3 sebenar kan?dia nak berapa A?

      Delete
  12. Yg nie ja ke sis ? Architeture xde ke ?

    ReplyDelete
  13. Architeture sis?

    ReplyDelete
  14. Selalunya ape je eh deorang tanya masa interview dkt kvsp2 ?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,kak ceq nak tnya klau ambik bidang hospitaliti kan ada dua bahagian,must choose one of them or boleh pilih both?

    ReplyDelete
  16. Akak biasanya apa soalan yang akan diajukan sewaktu interview?

    ReplyDelete
  17. Bidang apa yang lelaki dengan perempuan sama banyak je dlm kelas? Contoh klau amik kulinari kebanyakkannya perempuan, klau kejuruteraan awam byk lelaki pulak .huhu, mne bidang yg stabil yerk?

    ReplyDelete
  18. Untuk course kesetiausahaan pentadbiran di interview scara f2f atau di ditalian ? Sbb ada org kata course ni diinterview scra talian ?

    ReplyDelete
  19. Kalau trial pt3 saya tak okey . Tpi result pt3 saya okey camne eh ? Sbb nk daftr dia kena guna result trial pt3 kan ?

    ReplyDelete
  20. Klau result trial pt3 saya agk teruk . Tpi result pt3 saya okey cmne eh ? Sbb nk dftr nnt dia kna guna result trial kan ?

    ReplyDelete
  21. Salam...saya memang brminat aka yg sis terangkan di atas...saya berminat dlm bidang kesetiausahaan pentadbiran...tapi kalau saya tk brapa pandai tentang computer...saya memang inginkan bekerja dI mna2 syarikat...klau saya ambil cost tu...boleh tk?...maknanya saya nk belajar semuanya dari mula di KVSP2.....KVSP2 dia mna yaa sis??...saya tinggal dI sp...tapI Ada ka KVSP1 N KVSP2???

    ReplyDelete
  22. A'salam .. saya nak tnye niee . Contoh laa ada pt3 nii ada sub y kita gagal .. agak2 bole join ke bidang seni kulinari ??

    ReplyDelete
  23. klau x lulus pt3 bly minta kv tak..tlg balas pleasee...i hope sngtt

    ReplyDelete
  24. - Setiap KV klau nk msuk mmg kena buat ujian ka ?
    - dkat KV ada SPM tak ? klau ada, subjek apa yg kna ambil untUk SPM ?
    - Katakanlah , sya ambil bidg bakery sdgkan sya tak ada basic tntg bakery . nnti kalau ujian depa tnya kita psal bidg yg kita ambil ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye nk nanye sket..seni kulinari tu..mase interview soalan die mcmne rupenye eh??die tanye ape??..bleh saye tahu??..nk ready la awal2 utk interview tu..nnti xde la gagap2..

      Delete
  25. Yuran berapa

    ReplyDelete
  26. Salam kak macam mna kita nk tahu yang kita dipilih utk interview

    ReplyDelete
  27. @Fathen Farawahida Kalau KVSP2, ada ujian fizikal,(lari) ujian asas matematik, bm, bi. (senang), ujian bacaan dalam solat dan ayat quran, lastly interview tentang bidang yang diambil.

    ReplyDelete
  28. @Anonymous Sekurang-kurangnya perlu ada basic/pengetahuan.

    ReplyDelete
  29. @Anonymous Kalau PMR dulu, rasanya KVSP2 tak terima pelajar gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum...nak tanya kalau pt3 result mcm mn dia ambil>

      Delete
    2. assalammualaikum...kalau pt3 result mcm mn baru dpt masuk?

      Delete
  30. @adibah anuarAda ujian, tak ada SPM. Tapi SVM. Sijil Vokasional Malaysia.

    ReplyDelete
  31. Kalau 2 a ada harapan tak nak masuk?

    ReplyDelete
  32. AnonymousJuly 24, 2016

    waktu interview tu kena tnya pasal bacaan dlm solat ka ?

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum.. Kak.. Nak tnye.. Kursus2 tu je ke yg ditawarkan ? Kursus teknologi elektronik ade tak ?

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum.. Akk, nk tnye.. Kt sini.. Ade kursus yg ditawarkan tu je ke ? Teknologi elektronik ada tak kak ?

    ReplyDelete
  35. Nak tanye ade x kv yg ade kos perhotelan until permohonan tahun ni 2017

    ReplyDelete
  36. Akak nak tanye kv mane ade kos perhotelan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau maklumat yang dekat surat khabar, sekarang tak ada. Perlancongan ada lah.

      Delete
  37. masih ada kekosongan ke untuk seni kulinari..

    ReplyDelete
  38. sis saya nak ambik bidang fesyen dan membuat pakaian , tapi saya rabun macam mna ya sis ? memang tak boleh ka ?

    ReplyDelete
  39. assalam kak..kalo result trial pt3 x ok..x bole masuk eh KV??

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum akk nk tanya ni klu kita mohon kv klang dia ade ujian ngn interview ke?

    ReplyDelete
  41. Saya dpt maklumat dr beberapa org bahawa sijil vokasional ni susah nak dpt smbung belajar ataupun sijil yg x laku. Betul ke?

    ReplyDelete
  42. Hi,Saya mencari kursus kesetiausahaan part time kerana saya bekerja dan ingin menambah pengetahuan mengenai kesetiausahaan,saya berada di selangor.

    ReplyDelete
  43. klau buat rayuan, sure dapat x?

    ReplyDelete
  44. Engineering mechanical ad x

    ReplyDelete
  45. Kak .. Nak tnya . kalau gagal math Dan sains .. Boleh masuk kV ke .. Tp kat kV kita nak ambik bidang fesyen .. Boleh masuk kV ke ?? Harap balas*

    ReplyDelete
  46. Nk tnyaa... kalau subjek math dan sains kita gagal .. but kita nak ambik fesyen .. boleh diterima ke .. lepas ke masuk kvsp2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk sistem pt3 sekarang tak pasti pulak macam mana. Kalau PMR dulu, memang tak lepas kalau gagal.

      Delete
  47. Assalamualaikum.. Nak tanya kv ni ada spm tak? Atau terus diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca disini.
      http://kesetiausahaankvsp2.blogspot.my/p/maklumat-program.html

      Delete
  48. Apa soalan yang akan ditanya kalau saya masuk bidang bakeri dan pastri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke kamu minat, mcm mana boleh terlibat dalam bidang ini, ada masalah displin atau tidak, benda2 biasa je. Saya dari kvsp2 jugak

      Delete
  49. Kalau nak masuk kv, dia tengok keputusan trial ke pt3 sebenar?

    ReplyDelete
  50. macm mana nk buat permohonan secara online untuk tahun 2019

    ReplyDelete
  51. akak nk tanya nk buat permohonan online cam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.mysumber.com/kv-smt.html

      Boleh check.

      Delete
  52. Kak nak tanya , mcm mna nk buat permohonan online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak nk tanya mcm mna nk mohon online

      Delete
  53. Macam mana nak mohon online

    ReplyDelete
  54. Salam sejahtera. Mcm mana nk mohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa permohonan online untuk tahun ini dah ditutup. Mungkin dibuka untuk rayuan pula. Boleh hubungi pihak KV.

      Delete
  55. Ada kekosongan lagi ka untuk kursus fesyen dan membuat pakayan....? Untuk anak sy lepasan PT3/2019

    ReplyDelete
  56. hi kalau yuran macammana eh? mahal tak , saya nak masuk kv tahun ni

    ReplyDelete