10 December 2013

Review Charcoal Mask

Assalamualaikum
Rasanya ramai dah kot yang tau pasal Charcoal Mask ni. Masker ni, kalau korang nak tau harga dia sangat lah murah iaitu hanya RM5. Tapi terhad, dia cuma dijual di Daiso. Daiso pula, bukan semua tempat ada. Jadi ramai lah yang mengambil kesempatan dengan menjual dengan harga yang berlipat kali ganda. Yang ruginya kita lah kan, sebagai pembeli. So, so, so dan so belilah di Daiso sendiri.

Apa fungsi charcoal mask?
Fungsi dia ialah untuk menghapuskan black head/white head yang ada banyak kat muka terutamanya bahagian hidung.

Jijik kan? Heh, ni la black head/white head.

Boleh bagi putih tak?
Maaf ye, produk ni bukan untuk bagi kulit putih gebu,  hilangkan jerawat ke parut ke memang tak okeh. Produk ni just perlu digunakan seminggu dalam 2 kali sebab black/white head ni akan keluar selalu. Dan tidak boleh dihapuskan dengan serta merta. Kiranya, treatment ni perlu dilakukan selalu.


CHARCOAL MASK (DAISO)

Pengenalan : Charcoal Mask (Daiso)
Charcoal mask dari Cosway ni kalau korang nak tahu, dia berasal dari Korea. Kalau tengok pack dia sendiri pun, korang takkan faham satu apa pun, sebab dia tulis dalam bahasa korea. Dan, bila dah nama pun produk dari Korea, melonjak-lonjak lah perasaan ingin membeli tu. Yelaa, kulit orang korea ni kulit orang Asia. Kalau beli produk omputeh tu, kira macam tak sesuai la dengan kita. Jepun sebenarnya. Hihi.

Review Charcoal Mask from Daiso.
Pertama kali pakai. Hmm, okay la. So-so je sebenarnya. Tak ada lah keluar banyak mana pun. Nak kata tak ada tu, tipu lah. Ada, tapi tak banyak mana pun keluar black head/white head. Sesuai la dengan harga dia. Teksture dia pula, tak terlampau pekat, tak juga cair. Okay la, mudah nak apply kat muka. Masa nak tarik pun, tak ada la sakit mana. Cuma tang area nak dekat-dekat telinga tu memang nauzubillah, rasa macam tarik kulit.



BIOGLO CLEAR PORE DEEP CLEANSING MASK


Pengenalan : Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask
Ni lagi satu masker, sama je, charcoal mask jugak. Tapi kalau nak dibandingkan harga dengan Charcoal Mask (Cosway), mask Bioglo ni memang jauh lagi mahal, kalau tak silap aku beli around RM20 sebab aku tak ada member card kat Cosway. Tapi yang bestnya, semua orang pun dah tau kan Bioglo ni memang elok, dan ia pun telah terbukti.

Review Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask
Produk mahal, kalau tak mampu nak keluar black head/white head memang nak kena la kan. Yang ni memang aku puas hati sangat-sangat. Sekali cabut, memang nampak lah sebijik-sebijik black head/white head. Bila dah tengok keluar tu, memang rasa puas sangat. Hidung pun rasa licin je. Tapi kelemahan dia, aku tak suka taruk kat muka, sebab time nak cabut, memang sakit. Berani letak kat hidung je la. Teksture dia pulak, memang pekat sangat-sangat. Nak tonyoh tu memang lenguh tangan la.

Kesimpulannya, masing-masing ada kelebihan dan kelebihan tersendiri. 

CARA GUNA
1. Wapkan muka dengan air panas (untuk membuka pori) -terpulang
2. Tonyohkan masker di muka (elakkan terkena kening, mata dan mulut)
3. Tunggu sehingga kering (around 15 minit)
4. Tarik masker tu.

p/s : kalau korang, korang pilih yang mana? Murah tapi kurang berkesan atau mahal tapi berkesan?

You may leave your comment :)

19 comments:

  1. Lelaki boleh pakai ke...? Hehehehe..

    ReplyDelete
  2. bukan ke ni produk jepun?klo x silap la, tulisn jepun.

    ReplyDelete
  3. produk jepun kn ni..klo x silap la..tulisannye tulisan jepun..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. AnonymousMay 13, 2017

      Boleh ek... Ok noted

      Delete
  5. @cik yunnie Eh, tak perasan pulak. Thanks bagitau ^^ Dah betulkan.

    ReplyDelete
  6. @cik yunnie Eh, tak perasan pulak. Thanks bagitau ^^ Dah betulkan.

    ReplyDelete
  7. @neko-nyan~ Thankyou bagitau. Dah tukar dah. ^^

    ReplyDelete
  8. Aina dah try dua2. So far, bioglo is better sebab dia pekat melekat kuat sket. for daiso cair sangat kalau terleka, habis meleleh2... :D

    ReplyDelete
  9. @AINA ZAIRULNIZAM Betul-2. Puas lagi guna Bioglo even lebih mahal.

    ReplyDelete
  10. memang best pakai..rasa bersih muka kan.. :)

    ReplyDelete
  11. @Azhafizah Md Nor Rasa licin gituw. Tang hidung je la. Kat area lain seram nak bubuh.

    ReplyDelete
  12. @Azhafizah Md Nor Rasa licin gituw. Tang hidung je la. Kat area lain seram nak bubuh.

    ReplyDelete
  13. kalau murah tapi tak berkesan tak guna jugak kan? biar berbelanja lebih sikit janji puas hati...

    tapi kalau dapat murah dan berkesan, lagiiii besh!! heheh...

    ReplyDelete
  14. @wahida Tu lah kann, tapi bukan senang sekarang nak dapat murah.

    ReplyDelete
  15. Nak tye yg bioglo tu, nak beli kat ne? Thanks

    ReplyDelete